daus

Admin Kmania

BTS lancarkan album ‘Map of The Soul: Persona’ & single ‘Boy With Luv’ serentak hari ini

BTS akan melancarkan album mini,”Map of The Soul: Persona” dan single “Boy With Luv”, serentak pada jam 6 petang (waktu korea bersamaan dengan 5 pm waktu tempatan) hari ini, 12 April 2019. Sebilangan netizen tak sabar menanti buah tangan terbaru kumpulan kpop terbesar di seluruh dunia ini setelah menonton teaser dikeluarkan oleh Big Hit. Big…

Read More

[Terkini] Choi Jong Hoon, Roy Kim & Eddy Kim mengaku bersalah sebarkan gambar lucah mangsa Jung Joon Young

Choi Jong Hoon, bekas ahli FT Islands akan didakwa bersama-sama Roy Kim (Kim Sang Ho) dan Eddy Kim (Kim Jung Hwan) hari ini setelah ketiga-tiganya mengaku bersalah menyebarkan gambar-gambar lucah mangsa serta video seks yang mana separuhnya dirakam oleh Jung Joon Young dengan menggunakan laman ‘chatroom’ KakaoTalk sebagai medium pengantaraan. Menurut siasatan pihak plis, Choi…

Read More

“Aku hampir terfikir nak mati..”- Park Yoo Chun nafi pernah ajak bekas tunang hisap dadah bersama-sama

Park Yoo Chun telah mengadakan sidang media petang tadi bagi menyangkal tuduhan bahawa dia merupakan selebriti yang diwar-warkan menghisap dadah bersama-sama Hwang Hana atas sebab mereka pernah bertunang sebelum ini. Seperti didedahkan pihak media beberapa hari lalu, Hwang Hana dilaporkan dibebaskan tanpa didakwa di mahkamah atas kesalahan mengedar dadah dan selebriti ‘A’ dinamakan sebagai orang…

Read More

Sebagai ganjaran dapat ‘ratings’ tinggi, krew drama SBS Fiery Priest dibawa bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah

Pihak produksi SBS tampaknya berbesar hati untuk memberikan ganjaran kepada krew drama SBS Fiery Priest termasuklah para pelakonnya di atas kejayaan meraih ‘ratings’ tertinggi saban minggu. Mereka dijangka akan berangkat pada 22 April 2019 ke Kota Kinabalu, Sabah untuk beberapa hari. Sepanjang percutian tersebut, krew akan dibawa berjalan-jalan di sekitar bandaraya negeri di bawah Bayu…

Read More

“Saya minta maaf..” – Roy Kim mencebik rasa kesal dengan wajah yang sugul di hadapan orang ramai

Penyanyi solo Korea terkenal, Roy Kim atau nama sebenarnya, Kim Sang Woo telah dituduh bersubahat menyebarkan video seks rakaman Jung Joon Young tanpa kerelaan mangsa dan beliau hadir hari ini untuk menghadapi siasatan polis. Roy Kim yang kelihatan susut badannya telah ditahan pihak polis dari Jabatan Metropolitan Seoul sebagai suspek sebaik saja beliau tiba pada…

Read More

Son Hyun Joo, Nana & Choi Jin Hyuk bakal dipertemukan untuk drama ‘thriller’ pasal guaman, KBS Justice

Drama terbaru KBS bergenrekan guaman, ‘Justice’ telah mengesahkan Nana sebagai pelakon utamanya dan beliau akan digandingkan bersama dengan Son Hyun Joo dan Choi Jin Hyuk. KBS Justice yang diadaptasikan daripada novel web dengan tajuk yang sama karangan Jang Ho, berkisarkan tentang seorang peguam hebat bernama Lee Tae Kyung, yang bakal dilakonkan oleh Choi Jin Hyuk…

Read More

Choi Hwan Hee, anak mendiang Choi Jin Sil yang bunuh diri suatu masa dahulu, ikuti jejak langkah si ibu

Setelah lama berdiam diri sejak kematian ibunya, Choi Jin Sil, pada sebelas tahun yang lalu, Choi Hwan Hee akhirnya membuat keputusan untuk bergiat aktif dalam bidang hiburan seperti ibunya suatu masa dulu. Jika tidak, mana datangnya pepatah ‘bapak borek, anak rintik’. Mungkin bakat seorang penghibur telah mula diwarisi daripada mendiang. Dalam satu sidang media untuk…

Read More

Moon Geun Young sertai tvN Catch a Ghost sebagai polis berkuasa psikik di samping Kim Sun Ho

Pihak produksi telah berjaya mendapatkan Moon Geun Yong untuk membintangi drama tvN ‘Catch a Ghost’ untuk tayangan Ogos 2019 ini manakala Kim Sun Ho pula masih mempertimbangkan tawaran lakonan berkenaan. tvN ‘Catch a Ghost’ berkisarkan tentang polis ‘intern’ yang selalu cuai dalam menjalankan tugas, iaitu Yoo Ryung tapi tetap dilindungi baik oleh ketua jabatan polis…

Read More