Biarpun nama Lee Jong Suk kini masih lagi hangat diperkatakan ekoran terkandas di lapangan terbang Jakarta, namun beliau memilih untuk terus fokus terhadap kerjayanya.
Kali ini, Lee Jong Suk mencabar dirinya untuk mencuba sesuatu yang baru. Beliau telah diberikan peluang menjadi seorang pencerita (narrator) bagi sebuah program dokumentari khas SBS “Fortune-Capability – Fairness War” sempena ulangtahun ke 28 SBS. Dokumentari ini akan meneroka isu-isu sosial masa kini dikalangan golongan muda. Lee Jong Suk dipilih kerana pihak produksi merasakan beliau orang yang bersesuaian dengan topik berkenaan.
Lee Jong Suk dikenali dengan sifat pemurah dan mengambilberat dengan keadaan sekelilingnya. Beliau seringkali menjalankan aktiviti sosialnya dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik menerusi organisasi berkaitan.
Walaupun ini merupakan pertama kali beliau bertindak sebagai narrator, wargakerja produksi tetap berikan pujian sambil menyatakan “Biarpun ini pengalaman pertamanya, beliau bukan hanya kelihatan tenang bahkan menyampaikan suara (ketika bercerita) dengan penuh bertenaga.”
Sementara itu, SBS akan menyiarkan dokumentari ini pada 11hb dan 18hb November, jam 11:05 p.m (KST). Manakala, drama terbaru beliau “Death Song” akan ditayangkan 27 November ini pada pukul 8.50 pm (KST)