Isu pelakon utama tinggalkan produksi drama, siapa yang perlu dipersalahkan?

Nampaknya isu Kim Jung Hyun dan Yoon Doo joon meninggalkan produksi drama masing-masing terus mendapat perhatian ramai. Malah sebelum ini, perkara yang sama telah terjadi melibatkan pelakon Ko Hyun Jung  dan Joe Jae-hyun. Keempat-empat mereka biarpun punya berbeza situasi, namun sedikit sebanyak tetap beri kesan pada mereka dan produksi drama.

Go Hyun Jung – Return (SBS)

Go Hyun Jung memainkan peranan utama dalam SBS ‘Return’, yang merupakan kemunculan semula beliau ke arena drama tv. Drama “Return” mula disiarkan pada bulan Januari dan telah merekodkan jumlah penonton tertinggi sebanyak 16% dalam tiga minggu pertama tayangannya.

Pada bulan Februari, Gong Hyun Jung dikatakan berselisih pendapat dengan pengarah drama lakonannya, Jo Dong Min. Konflik pergaduhan antara mereka agak teruk dan sukar dicapai kata-kata persetujuan lagi antara mereka. Keadaan bertambah teruk sehingga memaksa SBS memutuskan untuk menggugurkan Gong Hyun Jung dan menggantikannya dengan pelakon lain. Kontroversi ini telah menyebabkan team produksi drama, krew dan pelakon lain berdepan dengan kesulitan. Penggambaran drama juga tergendala seketika akibat isu ini. Pelakon Park Jin-hee akhirnya dipilih bagi menggantikan Go Hyun Jung.

Apabila terjadinya perkara ini, apa yang paling ditakuti oleh produksi drama adalah kerugian dan tambahan perbelanjaan, pengubah-suaian plot cerita, penerimaan penonton dan jumlah tontonan. Biarpun terpalit kontroversi dan terpaksa menukar pelakon, nampaknya SBS telah buat keputusan yang bijak kerana “ratings” mereka bukannya merundum bahkan melonjak naik.  Namun apakan daya, sedikit sebanyak isu ini tetap mencalarkan kredibiliti Go Hyun Jung yang diklasifikasikan sebagai pelakon bertaraf A+ sehingga pelakon berkenaan disaman oleh syarikat ginseng yang melantiknya sebagai duta sepanjang penyiaran drama “Return”.

Jo Jae Hyun – Cross (tvN)

Pelakon Jo Jae Hyun, seorang pelakon berbakat mengaku melakukan gangguan seksual apabila  mangsa Choi Yul tampil membuat tuntutan gangguan seksual terhadapnya menerusi #MeToo. Ekoran kontroversi ini, tvN telah menggugurkan Jo Jae Hyun dari drama “Cross”. Disebabkan beliau adalah pelakon utama, produksi mengambil keputusan untuk menamatkan wataknya kerana untuk mengubah plot cerita ia adalah sesuatu yang berisiko tinggi dan berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Wataknya ditamatkan dengan scene kemalangan yang meragut nyawa. Kes gangguan seksual Jo Jae Hyun masih lagi berjalan.

Yoon Doo Joon – Let’s Eat 3 (tvN)

Ketua kumpulan Highlight ini, Yoon Doo Joon tidak semena-mena mendapat perintah untuk mendaftar masuk khidmat tentera dalam tempoh dua hari dari notis terbabit. Berita itu mengejutkan banyak pihak termasuk produksi drama “Let’s Eat 3”. Ekoran dari itu, drama tersebut terpaksa dipendekkan sebanyak dua episode dari 16 menjadi 14 episode.

Menurut produksi tvN, mereka memahami situasi Yoon Doo Joon  dan ianya memang tidak dapat dielakkan, jadi mereka memutuskan untuk jalani penggambaran sehingga malam terakhir sebelum pelakon tersebut mendaftar. Suatu masa yang begitu singkat, namun kesungguhan dan semangat semua pihak menjadikan semuanya berjalan baik. Biarpun kesuntukan masa, Yoon Doo Joon tetap gigih memberikan yang terbaik kerana beliau telah bersama siri ini dari musim yang pertama lagi.

Sungguhpun drama ini dipendekkan, jumlah tontonan meningkat tanda beri sokongan kepada Let’s Eat 3 terutama kepada pelakon utama, Yoon Doo Joon dan ianya menunjukkan ‘win-win situation’ buat kedua-dua pihak.

Kim Jung Hyun – Time (MBC)

Pelakon utama drama “Time”, Kim Jung Hyun terpaksa mengundur diri kerana masalah kesihatan. Dapat dilihat drama Kim Jung Hyun yang bergandingan dengan Seohyun menjadi pilihan penonton.

Pada 26 Ogos, agensinya, O & Entertainment memberitahu, “Pelakon Kim Jung Hyun terpaksa meninggalkan produksi drama “Time” kerana masalah kesihatan dan ianya sesuatu yang tidak dapat dielak. Sehingga kini, Kim Hyun Jung masih lagi gigih menjalani penggambaran dan dalam masa yang sama beliau turut menerima rawatan kerana beliau tidak mahu menimbulkan sebarang masalah kepada perjalanan drama tersebut. Pihak produksi juga telah menyelaraskan penggambaran yang bersesuaian dan melakukan yang terbaik agar pelakon tersebut dapat menghabiskan penggambaran seperti yang telah dijadualkan.” Kim Jung-hyun dikatakan menderita gangguan makan dan gangguan tidur.

“Time” keseluruhannya memiliki 32 episode dan kini baru mencecah episode ke-16. Jadi, team produksi terpaksa mengubah plot cerita untuk menamatkan watak Kim Jung Hyun. Pemergian beliau ditengah-tengah penceritaan, pastinya menyukarkan pihak produksi dan rakan pelakon lain. Tambahan drama ini menjadi pilihan penonton, sedikit-sebanyak ia pasti akan mendatangkan kesan negatif kepada pihak produksi dan mungkin juga dari segi jumlah tontonan.

Berdasarkan isu empat individu di atas, pastinya selepas ini pihak produksi akan menyediakan ‘back-up plan’ agar mereka sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Selain Yoon Doojoon, tiga yang lain secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi mereka sendiri dan perjalanan drama yang mereka bintangi. Untuk isu Yoon Doo Joon, rasanya pihak berkaitan selepas ini mungkin boleh bertolak ansur sedikit dengan memberikan masa kepada selebriti untuk menyelesaikan tugas mereka dengan baik. Yang penting, para pelakon dan team produksi perlulah mewujudkan suasana yang baik, bertimbang-rasa di antara kedua-dua pihak dan sentiasa terbuka untuk menerima teguran serta pandangan.

Jadi, pelakon utama meninggalkan produksi  drama tidak terletak kepada team produksi, ia mungkin terjadi akibat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan mungkin juga disebabkan oleh profesionalisme pelakon itu sendiri.

Sumber : sportalkorea

Foto kredit OSEN

loading...