Lee Jung Jae diseru saat-saat akhir jadi ‘partner’ Kwon Sang Woo di dalam SBS Delayed Justice

Image may contain: 3 people, text and closeup

Pelakon filem terkemuka, Lee Jung Jae diseru untuk mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan oleh pelakon Bae Sung Woo yang disingkirkan oleh pihak produksi drama SBS kerana pendakwaan di atas pemanduan secara mabuk.

Menurut IS Plus, Lee Jung Jae sedang meneliti tawaran yang diberikan kepadanya, namun belum membuat sebarang keputusan mengenainya lagi.

Tawaran itu diberikan dalam dalam saat-saat akhir untuk mengantikan watak Bae Sung Woo yang akan dimatikan memandangkan Lee Jung Jae pernah membintangi dua siri drama arahan PD Kwak Jung Hwan iaitu ‘Chief of Staff’ sebelum ini. PD Kwak Jung Hwan berperanan mengarahkan drama SBS Delayed Justice.

Bae Sung Woo disingkirkan daripada drama SBS Delayed Justice.

Baca lagi: [Gempar] Bae Sung Woo dikeluarkan dari drama SBS Delayed Justice serta-merta; Kwon Sang Woo kembali tangani ketidakadilan keseorangan

Dengan berbaki empat episod yang bakal ditayangkan, SBS akan menyunting adegan-adegan yang melibatkan Bae Sung Woo di dalam episod ke-16 manakala episod 17 dan seterusnya dikehendaki menjalani penggambaran semula dengan pengganti baru mula diperkenalkan. Drama juga bakal digantung tayangannya selama 3 minggu.

Sumber: IS Plus

loading...