Momen Bersama Win Metawin di Kuala Lumpur Penuh Senyuman dan Kenangan Manis

Pertama kali bertemu Win Metawin adalah ketika sesi jelajah mini konsert “Shooting Star Asia Tour” bersama pelakon F4 Thailand: Boys Over Flowers seperti Bright, Dew dan Nani pada tahun 2022. Ini merupakan kali pertama beliau mengunjungi Malaysia.

Disebabkan populariti drama tersebut, langkah beliau semakin luas apabila dijemput beberapa kali kembali ke Malaysia. Namun, kehadirannya lebih tertumpu kepada acara berkaitan jenama antarabangsa seperti Prada dan Puma.

Tahun ini menandakan detik istimewa apabila beliau kembali ke Malaysia untuk bertemu peminat secara lebih dekat melalui fanmeeting solo pertama beliau iaitu “JUST YOU & WIN 1ST SOLO FAN MEETING IN KUALA LUMPUR”. Seperti yang selari dengan tajuknya, acara ini dipenuhi dengan pelbagai manfaat eksklusif untuk semua kategori tiket termasuk sesi group photo, fansign, dan hi-touch, menjadikannya antara acara yang paling dinantikan oleh peminat.

Beliau tiba di Kuala Lumpur sejurus selepas menghadiri acara fesyen antarabangsa di 79th Annual Cannes Film Festival – Nespresso Beach, Cannes, Perancis pada 14 Mei 2026. Walaupun jadualnya padat, beliau tetap kelihatan bertenaga sepanjang fanmeeting, sentiasa tersenyum dan melayan gelagat peminat yang riuh mengusiknya.

Sepanjang acara, beliau turut mempersembahkan beberapa lagu, antaranya “I’m Yours”, “It Might Be You”, “Night Ride” dan “Ten Years Later”.

Dalam sesi interaksi, Win dengan mimik wajah lucu menyuruh peminat jangan lagi memanggilnya “Nong Win” dan lebih selesa dengan panggilan “Pi’Win” oleh peminat. Namun begitu, peminat tetap mengusiknya dengan panggilan “Nong Win” sepanjang acara.

Beliau turut menjawab beberapa soalan peminat, termasuk mengenai pembukaan cawangan pastri macaron jenama Souri di Malaysia. Win menyatakan bahawa perkara tersebut sedang dalam perancangan, namun beliau masih perlu mencari lokasi dan rakan kongsi yang sesuai serta dipercayai.

Selain itu, beliau juga berkongsi sedikit perkembangan mengenai drama terbaharunya iaitu “Scarlet Heart” versi Thailand yang dijangka akan ditayangkan pada hujung tahun ini, walaupun belum banyak butiran didedahkan.

Acara fanmeeting tersebut berlangsung dalam suasana intim dan penuh keakraban, dipenuhi dengan senyuman, gelak tawa, serta interaksi rapat antara Win dan peminat. Semua kategori tiket turut berpeluang menyertai sesi hi-touch, menjadikan pengalaman itu lebih bermakna.

Ini merupakan hentian kedua dalam siri jelajah selepas Osaka, Jepun pada Mac lalu, serta fanmeeting solo pertama beliau di Kuala Lumpur. Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai negara lain yang akan disinggahi dalam jelajah ini.

Ramai peminat juga tidak sabar menantikan kemunculan semula Win Metawin di Malaysia untuk Asia Pop Festival di Sepang pada 30 & 31 Mei 2026.

Jumpa lagi Pi’Win di acara akan datang.

Jangan lupa untuk Follow dan Like KMania di FacebookTwitterInstagram , TikTok , Thread dan Youtube untuk tonton lebih banyak lagi video JUST YOU & WIN 1ST SOLO FAN MEETING IN KUALA LUMPUR dan untuk mendapatkan lebih banyak perkembangan terkini tentang dunia hiburan Korea.