“Boyhood” Sahkan Musim Kedua, Penggambaran Bermula Tahun Hadapan

Akhirnya sah – drama “Boyhood” akan kembali dengan musim kedua! Pada 20 Jun, Coupang Play mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan musim baharu drama pemenang anugerah ini.

Musim pertama Boyhood yang dibintangi Yim Si Wan dan Lee Sun Bin berlatarbelakangkan sebuah sekolah menengah pertanian di Wilayah Chungcheong. Ketika disiarkan pada tahun 2023, drama ini bukan sahaja mencetuskan frasa-frasa popular di kalangan peminat, malah turut meraih pelbagai pengiktirafan termasuk Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Siri Blue Dragon.

Musim 2 akan mengambil tempat di sekolah perikanan tepi laut dan bakal memperkenalkan barisan watak baharu yang lebih pelbagai dan berwarna-warni.

Pengarah musim pertama, Lee Myung Woo, akan kembali menerajui musim baharu ini. Beliau menyatakan, “Saya sangat gembira kerana dengan sokongan hangat daripada penonton musim pertama, kami dapat menyambung Boyhood dengan cerita yang berbeza dan segar.”

Tambah beliau lagi, “Kali ini, kami akan memfokuskan kepada watak-watak yang lebih berlapis dan latar yang baru – sekolah perikanan tepi laut. Kisah ini akan mengetengahkan detik-detik remaja yang dekat dengan penonton, tapi dalam suasana yang baru, menyeronokkan dan menyentuh hati.”

Penggambaran dijadualkan bermula pada separuh pertama 2026, manakala tarikh tayangan akan diumumkan kemudian.

Sumber : 1