Song Joong Ki dan Chun Woo Hee akan bintangi drama baru bersama

Nampaknya untuk projek drama yang akan datang, Song Joong Ki akan bergandingan dengan Chun Woo Hee.

Pada 21 Ogos, syarikat produksi HighZium Studio mengumumkan bahawa Song Joong Ki dan Chun Woo Hee telah disahkan membintangi drama akan datang “MY YOUTH” (tajuk kerja).

Membawakan genre percintaan, “MY YOUTH” mengisahkan dua watak Hae Sun Woo (Song Joong Ki) dan Sung Je Yeon (Chun Woo Hee), yang menjadi cinta pertama masing-masing. Atas keadaan tertentu, mereka berdua berpisah dan bertemu semula setelah sepuluh tahun berlalu. Pertemuan semula ini akan menjadi peluang untuk mereka bernostalgia dan mula mencipta detik indah baru bersama.

Hae Sun Woo ialah seorang novelis dan penjual bunga yang baru sahaja melarikan diri dari kehidupan yang huru-hara dan memulakan lembaran baharu. Dia pernah menjadi pelakon kanak-kanak terkenal, tetapi kerjayanya merosot kerana keserakahan orang dewasa. Hae Sun Woo kemudiannya kehilangan sinarnya dan mula dilupakan oleh orang ramai.

Sementara itu, Sung Je Yeon merupakan ketua bahagian di agensi Feel Entertainment. Dia dikenali sebagai seorang pekerja yang rajin dan bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan. Sung Je Yeon dilahirkan dalam keluarga kaya dan tidak pernah berdepan dengan sebarang kesusahan. Bagaimanapun, selepas keadaan kewangan keluarganya berdepan masalah, dia terpaksa bekerja lebih keras daripada orang lain.

Dalam usahanya untuk mencapai matlamatnya, Sung Je Yeon mencari Sunwoo Hae dan mengganggu ketenangannya

Cita-cita Sung Je Yeon membawanya bertemu dengan Hae Sun Woo, yang merupakan seorang penjual bunga. Dia kemudian berhasrat untuk meletakkan Sun Woo kembali ke puncak, sekaligus tindakannya itu mengganggu ketenangan Sun Woo. Namun, semakin kerap mereka berinteraksi, Sung Je Yeon menjumpai dirinya yang lama dan mula merasakan perubahan sejak kehadiran Sun Woo.

“MY YOUTH” akan dikarang oleh penulis skrip Park Si Hyun dari drama hit JTBC “Run On” dan akan diterbitkan oleh HighZium Studio dan pengarah Lee Sang Yeop, yang menerajui siri “Yumi’s Cells”, “Familiar Wife,” dan “Shopaholic Louis.” Drama ini dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2025.

Sumber : 1

loading...