Selepas 3 tahun, kini Kim Tae Hee sedang jalani penggambaran drama terbarunya

Akhirnya, selepas tiga tahun, Kim Tae Hee akan kembali ke skrin kecil dengan siri baharu!

Pada 26 Disember, wakil Kim Tae Hee berkongsi, “Kim Tae Hee kini sedang menjalani penggambaran ‘House With a Yard’ (tajuk literal).”

Berdasarkan novel, “House With a Yard” ialah drama dengan tema thriller saspens yang mengisahkan tentang seorang wanita yang berkahwin dengan seorang doktor yang bijak dan tampan serta pernah menikmati kebahagiaan di rumahnya yang sempurna mula meragui kehidupan bahagianya sekaligus meruntuhkan ilusi “House With a Yard”. Kehidupan yang pernah dilalui sebelumnya seringkali dicemburui ramai.

Seperti yang dilaporkan pada bulan Oktober, Kim Sung Oh dan Lim Ji Yeon sedang berbincang untuk menyertai Kim Tae Hee dalam drama itu.

Ini sekaligus menandakan Kim Tae Hee kembali ke skrin kecil selepas tiga tahun sejak tvN “Hi Bye, Mama!” pada tahun 2023.

Stay tuned for more updates!

Sumber : 1 | 2

loading...