Daesung akhirnya putuskan untuk tinggalkan YG

Berikutan berita tentang G-Dragon Big Bang berpotensi besar untuk kekal di YG Entertainment, dan Taeyang memindahkan pengurusannya ke The Black Label di bawah YG Entertainment, Daesung juga telah mengesahkan pendiriannya terhadap kontrak baharunya.

Pada 26 Disember, seorang Pegawai YG memberitahu E-Daily bahawa Daesung telah memutuskan untuk menamatkan kontraknya dengan YG Entertainment. Walau bagaimanapun, perlu diingat akan fakta ini bahawa Daesung adalah ahli Big Bang dan ianya kekal tidak berubah. Pegawai itu juga menambah, “Kami akan menyokong permulaan dan pilihan baharu Daesung dan terbuka untuk bekerjasama pada bila-bila masa.”

Kami mendoakan yang terbaik untuk Daesung dalam usahanya pada masa hadapan.

Sumber : 1

loading...