Buat peminat K-Pop, artikel ini akan berkongsi tentang informasi terkini tentang artis K-Pop yang akan buat kemunculan semula dan mereka yang akan membuat penampilan sulung. Nampaknya bulan Julai ini menyaksikan beberapa nama hebat seperti Winner, Super Junior, Enhypen, aespa dan Itzy akan kembali dengan album terbaru mereka.
Jom tengok siapa yang akan memanaskan pasaran sepanjang Julai ini.
4 Julai 2022
ENHYPEN
ENHYPEN akan kembali dengan album baharu mereka “MANIFESTO : DAY 1” pada 4 Julai jam 6 petang, KST. Ini menandakan kemunculan semula mereka dalam tempoh enam bulan sejak meriliskan “DIMENSION : ANSWER” pada Januari lepas. Spoiler konsep dan foto dari album itu menyuntik elemen dengan teks ‘Don’t Judge Me’.
Young Tak
Young Tak pula akan mengeluarkan album penuh pertamanya dalam tempoh enam tahun dengan “MMM”. Penyanyi ini bermula sebagai penyanyi Trot pada tahun 2016 dengan album “Nuna You Are Perfect”
5 Julai 2022
WINNER
Winner akan kembali dengan mini album ke-4 mereka berjudul “HOLIDAY” dengan menjadikan “I Love You” sebagai title track mereka. Album ini akan dirilis pada 5 Julai 2022, 6 PM KST. Ini merupakan kemunculan kumpulan pertama mereka dalam tempoh lebih dua tahun selepas Kim Jin Woo dan Lee Seung Hoon menyelesaikan perkhidmatan tentera mereka. Kali terakhir album mereka secara berkumpulan adalah pada tahun 2020 menerusi album “Remember”.
WJSN
WJSN akan kembali dengan album istimewa mereka “Sequence”. Terdahulu kumpulan ini telah memenangi rancangan realiti “Queendom 2” sebelum mengumumkan dengan kemunculan semula yang pasti dinanti ramai peminat.
6 Julai 2022
H1-KEY
H1-KEY yang baru saja debut pada Januari lepas akan kembali dengan album terbaru berjudul ‘Run’. ‘Run’ juga merupakan title-track album ini yang berkonsepkan pop-rock dan lagu ini menggambarkan luahan perasaan yang ingin melarikan diri ke suatu tempat.Terbaru, Hwiseo menyertai H1-KEY setelah Sitala meninggalkan kumpulan tersebut.
7 Julai 2022
MCND
MCND akan melancarkan mini album ke-4 mereka iaitu ‘The Earth : Secret Mission Chapter.2‘ pada 7 Julai, 6PM KST. Dikhabarkan album terbaru ini adalah kesinambungan cerita unik kumpulan itu ketika mereka keluar dengan ‘The Earth : Secret Mission Chapter.1’ Ogos tahun lepas. Pada awal bulan ini, MCND telah berkongsi track-video ‘W.A.T.1’ yang menampakkan kematangan mereka dari segi imej, bunyi dan persembahan yang lebih bertenaga.
8 Julai 2022
aespa
aespa akan kembali dengan mini album kedua mereka “Girls”. Kumpulan itu akan meriliskan single “Life Too Short” pada 24 Jun ini yang mana lagu ini pernah dipersembahkan mereka di Coachella April lepas. Lagu berbahasa Inggeris itu turut dimuatkan dalam album terbaru mereka selain lagu “Illusion” yang dirilis pada 1 Jun lepas.
11 Julai 2022
Chungha
Penyanyi ini akan kembali dengan Part 1 album studio keduanya, “Bare & Rare,” pada 11 Julai jam 6 petang KST. Kemunculan semula terakhir Chungha adalah pada bulan November, apabila dia mengeluarkan single khasnya “Killing Me.”
12 Julai 2022
Super Junior
Super Junior akan kembali dengan album penuh ke-11 mereka “The Road: Keep on Going.” Pada Februari lepas, mereka telah mengeluar single special berjudul “The Road : Winter For Spring”. Pasti album ini dinanti-nantikan oleh peminat kumpulan Super Junior atau dikenali sebagai ELF.
CHOBOM
Chorong dan Bomi adalah sub-unit terbaru kumpulan A-Pink dan dikenali sebagai CHOBOM. Ini merupakan sub-unit pertama A-Pink dalam tempoh 11 tahun. Album single pertama ChoBom berjudul “Copycat” akan dirilis pada 12 Julai depan, jam 6PM KST
15 Julai 2022
ITZY
ITZY akan kembali dengan mini album terbaru “CHECKMATE” yang akan dirilis pada 15 Julai, jam 1PM KST. ITZY juga akan memulakan siri jelajah dunia pertama mereka yang turut dinamakan “ITZY THE 1st WORLD TOUR CHECKMATE”
J-Hope
J-Hope BTS akan meriliskan album solo pertamanya “Jack In The Box” pada 15 Julai, 1 PM KST. Menurut Big Hit tajuk album “Jack In the Box”— “mewakili aspirasinya untuk memecahkan acuan dan berkembang lebih jauh.” Terbaru, J-Hope BTS telah berkongsi teaser untuk “MORE,” single pertama (pre-release) daripada album solonya yang akan dirilis pada 1 Julai.
18 Julai 2022
Hyolyn
Hyolyn akan kembali dengan album mini ketiganya pada 18 Julai , 6PM KST. Kali terakhir Hyolyn meriliskan album adalah pada tahun 2020 menerusi “Say My Name”. Bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak ini telah meriliskan single digitalnya pada Januari lepas dengan lagu “Layin’ Low” ft Jooyoung. Hyolyn juga merupakan satu-satunya peserta solo dalam rancangan realiti “Queendom 2” yang menyaksikan WJSN sebagai juara.
SEVENTEEN
SEVENTEEN akan kembali dengan album baru “Sector 17” pada 18 Julai 2022, 6PM KST. “Sector 17” merupakan album repackaged bagi album penuh ke-4 mereka ‘Face The Sun.’ Pengumuman itu dibuat pada penghujung Hari 2 konsert Seoul mereka untuk jelajah dunia ‘Be The Sun’.
19 Julai 2022
ILY:1
Kumpulan wanita rookie ILY:1 akan kembali dengan album terbaru pada 19 Julai. ILY:1 yang bernaung dibawah FNC Entertainment mula debut pada April lepas dan terdiri daripada enam ahli dari Korea, Jepun dan China termasuk empat peserta dari Girls Planet Saga: 999, program uji bakat yang disiarkan di Mnet di mana Kep1er ditubuhkan.
20 Julai 2022
GreatGuys
GreatGuys, kumpulan yang telah debut pada 2017, akan buat kemunculan semula pada 20 Julai depan. Mereka akan kembali dengan mini album yang bertajuk ‘We’re Not Alone Final: Only You’ dengan title-track berjudul ‘Blind Love’.
Jadi, jangan lupa teruskan menyokong artis kegemaran anda. Min akan update sebarang informasi terkini dari masa ke semasa.