Di hari jadi yang penuh istimewa, Doyoung NCT persembahkan gumpalan salji berupa hati

Doyoung NCT sedang menyambut hari jadi ke-26 pada 1 Februari 2022 hari ini.

Bagi tidak menghampakan peminat yang menunggu kehadirannya di hari yang penuh istimewa buat dirinya itu, Doyoung mengadakan sesi IGLive untuk berinteraksi bersama peminat.

Doyoung dilihat mengunjungi sebuah taman berhampiran yang kini ditimbuni dengan salji dengan membawa beberapa peralatan berbentuk acuan. Kemudian, dia membuat gumpalan salji berupa hati untuk dipersembahkan buat tatapan peminat.

Berikutan penularan video tersebut dengan tanda pagar #MyDearDoyoungDay terserlah di laman twitter itu, netizen begitu mengagumi dengan kesudian Doyoung NCT untuk tetap meluangkan masa dengan peminat walaupun hanya sementara. Kebetulan tarikh hari jadinya juga jatuh pada cuti tahun baru Lunar di mana rakyat Korea harus menikmati percutiaan bersama keluarga masing-masing.

Belum pun selesai di situ lagi, Doyoung turut membalas beberapa pertanyaan netizen menerusi IGStory sejurus selepas itu. Gambar kek hari jadinya yang dipercayai telah dihadiahkan oleh ‘pengurus’ juga disertakan.

“Pelik kan abang kita ini?,” kata Doyoung merujuk kepada ayat ‘deureungdeureung sehingga menunggu persembahan makan malam istimewa daripada Doyoung’ yang tertera di atas kek hari jadinya itu.

Kali terakhir Doyoung beraksi di pentas adalah menerusi persembahan bersama NCT 127 di Gaon Music Awards dan Seoul Music Awards yang berlangsung pada minggu lalu.

Sumber: twitter

loading...