[Gempar] Andy Lee Shinhwa umum akan berkahwin tak lama lagi

Andy Lee (atau nama sebenarnya Lee Sun Ho, 40 tahun) mengumumkan secara rasmi bahawa dia akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dengan gadis pilihan hatinya.

Tulisnya di laman kelab peminat ‘Shinhwa Changjo’ pada 19 Jan 2022 hari ini, “Aku sudah mempunyai seseorang untuk meluangkan masa hidupku dengannya. Dia ialah seseorang yang buatku ketawa ketika hari sukar dan banyak menjagaku selama ini. Sebab aku masih keseorangan, baik lagi hidup bersama.”

Andy Lee turut memohon restu daripada peminat untuk memberikannya kehidupan rumah tangga baru selaku seorang suami. Difahamkan bakal isterinya merupakan juruhebah tv yang berusia sembilan tahun lebih muda daripadanya.

Baca lagi: Jun Jin Shinhwa akan menikahi kekasih hatinya menjelang musim luruh ini

Andy Lee menjadi ahli ketiga Shinhwa yang akan menyertai alam perkahwinan selepas Eric Moon (bersama pelakon Na Hye Mi) dan Jun Jin. Shinhwa diperakui sebagai kumpulan kpop paling lama bertahan di Korea sejak tahun 1998 lagi tanpa pernah dibubarkan dalam tempoh tertentu.

Sumber: mydaily

loading...