Tiada yang terakhir melainkan “surat cinta” daripada Suga & JHope BTS pula

Image may contain: 2 people, text that says '#DEAR_ARMY Deor Avmy! Dear ARMY Special Postcards from BTS to ARMY FROM_BTS'

Tidak cukup dengan surat cinta daripada Taehyung, Jimin dan Namjoon serta Jin dan Jungkook, kali ini giliran Suga dan Jhope pula mengirimkannya buat peminat yang ternanti-nanti sejak kelmarin lagi.

Isi kandungan surat tersebut dikongsikan menerusi laman twitter rasmi BTS sebentar tadi.

Poskad daripada Suga (atas) dan JHope (bawah).

Suga mengaku dirinya sedang asyik memetik gitar. “Aku selalu bermain gitar baru-baru ini. Perasaan risauku hilang apabila aku bermain dengannya. ARMY, apakah makna BTS pada korang?,” tanya Suga.

Manakala JHope pula menukilkan, “Kami dapat melangkau jauh kerana korang, ARMY. Terima kasih kerana selalu bersama kami. Dan… kami betul-betul rindukan korang. ARMY, apakah perkataan yang paling menenangkan hati korang?.”

Seperti juga surat cinta dibentangkan semalam dan kelmarin, tanda pagar #To_BTS , #Dear_Army dan #From_BTS  mula diulangkicau merata di laman sosial twitter dan menjadi sohor kini.Kempen tersebut diperhebatkan bagi mempromosikan album studio terbaru BTS, Be yang akan keluar menjelang 20 November 2020 ini.

Sumber: twitter rasmi BTS

loading...