Kakak ipar mengidam nak makan buah strawberi, Seokjin BTS terus kirimkan dua kotak dengan segera

Tampaknya percutian Seokjin BTS di ladang strawberi beberapa hari lalu membawa tuah kepada keluarga abangnya apabila Seokjin menghadiahkan mereka buah strawberi.

Dalam satu hantaran dibuat di instagram @kimbutter_daddy pada hari ini 17 Jan 2022,  Kim Seok Joong berterima kasih kepada adiknya itu di atas pemberian dua buah kotak berisikan gugusan buah strawberi sebagai menunaikan hasrat isterinya yang mengidam kerana hamil.

“Ibu yang hamil ini memang nak makan buah strawberi yang kau kirimkan, adik (JMT)!!,” tulisnya bersertakan foto. Dipercayai kandungan kakak iparnya itu sudah berusia sekurang-kurangnya 30 minggu.

Netizen yang terharu dengan sifat penyayang yang dimiliki oleh Seokjin itu menjangkakan penyanyi idol akan mengasihi anak saudaranya nanti seperti anak sendiri sebaik saja bayi itu lahir ke dunia beberapa minggu saja lagi. Turut menerima kotak strawberi ialah tukang masak selebriti terkenal, Lee Yeon Bok yang merupakan sahabat baik penyanyi idol itu.

“Malam semalam selepas pukul 10, telefon berbunyi. Dialah Jin BTS. Dia bagitahu, ‘Mana kau pergi, aku dah nak balik ini. Ada banyak strawberi. Makan ketika masih lagi segar.’ Aku sangat terharu dan sayangkan kau, sahabat,” tulisnya.

Sementara itu, Seokjin sudah pun kembali berkumpul beramai-ramai bersama rakan-rakan BTS hari ini sambil menjamah makanan tengah hari. Jungkook turut meraikan kepulangannya dengan menyanyikan lagu “Super Tuna” dan diiringi olehnya. Video mereka makan beramai-ramai itu dimuatnaik oleh Namjoon, Jungkook, Jhope dan Seokjin di laman instagram masing-masing.

Baca lagi: “Kelakarlah abang kita ini” – JHope BTS tergelak tengok SeokJin masih terkial-kial guna ‘DM’ Instagram

Sumber: instagram

loading...