“Kelakarlah abang kita ini” – JHope BTS tergelak tengok SeokJin masih terkial-kial guna ‘DM’ Instagram

Semestinya telatah antara ahli-ahli BTS mendapat perhatian peminat kpop di seluruh dunia.

Baru-baru ini, Seokjin dilihat cuba untuk menghantar mesej secara peribadi (“Direct message/DM”) kepada JHope melalui Instagram. Perbualan di antara mereka telah dikongsikan oleh JHope di Instagram miliknya untuk tatapan umum dengan bersertakan kapsyen berbunyi, “Kelakarlah abang kita ini.”

Cerita bermula dengan Seokjin menghubungi Jhope secara tiba-tiba. “Jwehope,” panggil SeokJin. “Jjwan, kenapa?,” sahut JHope.

“Aku pun nak cuba guna DM,” pinta SeokJin. Permintaannya mengundang tawa JHope apabila Seokjin dilihat masih terkial-kial lagi menggunakan fungsi Instagram seperti DM, membalas komentar orang lain, menekan butang tanda suka dan sebagainya.

“Aku rasa nak pos benda ini kat instastory?,” tanya JHope pula.

“Kenapa kau tak kongsikan lagi?” kata Seokjin yang masih tertunggu-tunggu perkongsian JHope di instastory.

“kkkkkk jjwan, kau bawa balik strawberi tak nanti?,” sambung JHope lagi. Perbualan mereka akhirnya tamat di situ saja.

Seokjin kini sedang bercuti di suatu lokasi tak dinamakan berdekatan dengan pantai selepas menghabiskan tempoh kuarantinnya akibat dijangkiti Covid-19 sebelum ini. Antara gambar-gambar dikongsinya termasuklah swafoto dirinya di dalam ladang strawberi.

Sumber: instagram

loading...