Disabitkan hukuman pergantungan penjara kerana ‘mengganja’, Jung Il Hoon memohon maaf secara terbuka

May be an image of 2 people

Jung Il Hoon membuat permohonan maaf di depan peminatnya pada hari ini, 24 Disember 2021 berhubung keputusan mahkamah tempoh hari.

“Saya berasa bersalah kerana memohon maaf terlalu lambat walaupun ramai yang menyayangi saya selama ini. Saya sedar perbuatan langgar undang-undang tak boleh diterjemahkan daripada kata-kata, maka saya berhak dikritik. Saya memohon maaf sekiranya perbuatan saya melukakan hati korang sangat-sangat,” luah Jung Il Hoon, yakni bekas ahli BTOB itu.

“Menyedari kepentingan perbicaraan baru-baru ini, macammana saya sudah rosakkan masyarakat, mengecewakan mereka yang mempercayai saya, saya janji akan bekerja lebih gigih lagi untuk hidup dengan jujur dan tidak melukakan hati orang lagi. Aku janji tidakkan akan berbuat kesalahan yang sama lagi. Maaf,” tambahnya lagi.

Jung Il Hoon sebelum ini terlepas daripada menjalani hukuman penjara 2 tahun secara terus selepas didapati membeli, menyalahguna dan mengedarkan ganja, namun rayuan di mahkamah tinggi berjaya membolehkan beliau disabitkan dengan tiga tahun pergantungan hukuman penjara, rawatan terapi dadah selama 40 jam dan denda sebanyak 120 juta won (~RM 426,567). Ini bermakna Jung Il Hoon perlu berkelakuan baik sepanjang tiga tahun untuk mengelakkan dirinya menjalani hukuman penjara selama dua tahun.

Sumber: instagram

loading...