Kena ‘gam’ muncul di kaca tv, Park Yoo Chun disaman pula bekas pengurus sebanyak RM2 juta

May be a close-up of 1 person

Park Yoo Chun disaman oleh bekas pengurusnya sebanyak 600 juta won (~RM 2.13 juta).

Menurut Edaily, bekas pengurusnya yang digelarkan sebagai ‘A’ membuat tuntutan di mahkamah selepas mendapati Park Yoo Chun tetap meneruskan aktiviti seninya walaupun mahkamah sudah pun memerintahkan injuksi sementara untuk menghalang penampilannya di kaca tv dan terbabit di dalam sebarang aktiviti hiburan.

‘A’ bekerja dengan Park Yoo Chun sejak penyanyi itu berada bersama dengan JYJ dan tetap komited menyokong kerjaya solo Park Yoo Chun menerusi Re:Cielo yang ditubuhnya.

Konflik tercetus apabila Re:Cielo mendakwa tidak menerima bayaran daripada Park Yoo Chun apabila menandatangi perjanjian baru dengan agensi Jepun. Tambah memburukkan lagi, Park Yoo Chun yang mengadu pada ibunya, yakni pemegang syer terbesar Re:Cielo telah bertindak memecat A daripada jawatan CEO yang dipegangnya serta-merta. Perbicaraan akan bermula pada 27 hari bulan ini.

Park Yoo Chun sebelum ini membuat penafian terhadap tuduhan daripada Re:Cielo (A selaku CEO pada masa itu) serta tuduhan merogol seorang peminat daripada Youtuber popular. Beliau berjanji akan bertindak tegas atas tuduhan tersebut.

Baca lagi: Mengaku tengah ‘kekeringan’, Park Yoo Chun tak mampu bayar duit pampasan bekas mangsa rogol sejak setahun lalu

Dalam kes mahkamah yang berbeda pula, Park Yoo Chun juga telah dijatuhkan hukuman pergantungan hukuman 10 bulan penjara dan denda sebanyak 1.4 juta won (~RM4800) selama 2 tahun oleh mahkamah pada 2 Julai 2019 di atas kesalahan menyalahguna dadah jenis syabu (methamphetamine). Park Yoo Chun mengambil keputusan untuk bersara sewaktu kes berkenaan dibicarakan di mahkamah, namun menarik balik keputusan berkenaan tidak lama kemudian.

Sumber: edaily

loading...