Himchan B.A.P dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana berkelakuan tidak senonoh terhadap wanita

May be an image of 1 person

Himchan B.A.P dijatuhi hukuman penjara 10 bulan setelah didapati bersalah berkelakuan senonoh terhadap wanita di dalam insiden memalukan berlaku pada Julai 2018 lalu.

Hakim yang menjatuhi hukuman penjara 10 bulan serta rawatan terapi seks selama 40 jam terhadap Himchan berkata, “Berdasarkan bukti dan testimoni yang meyakinkan, defendan telah didapati bersalah. Mengenangkan jenayah tersebut yang agak serius, defendan juga tidak dimaafkan oleh mangsa. Mahkamah akan meletakkannya di dalam tahanan sementara menunggu defenda memohon maaf daripada mangsa.”

Himchan sebelum ini didakwa atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh ke atas oleh seorang wanita “A” sewaktu sedang keluar minum di rumah tumpangan pada Julai 2018. Himchan menerusi peguamnya menafikan dakwaan wanita berkenaan dan menegaskan ia perbuatan suka sama suka antara mereka. “Kami mengaku Himchan pernah mengucup dan menyentuh payu daranya, tetapi tak de yang lebih teruk daripada itu,” jawab peguam Himchan sewaktu perbicaraan di mahkamah.

Dalam pengakuan dibuat di instagram pada 16 Julai 2020, Himchan menyatakan dia begitu rindukan dambaan peminatnya sejak hampir dua tahun tidak mengemaskininya. “Saya memiliki hati yang jahat kerana cerita yang dimanipulasikan daripada fakta sebenar sehingga saya tak sempat pun nak bernafas. Apapun, saya memohon maaf di atas kekecewaan yang dialami tak kira apa jua alasan meskipun berlawanan dengan fakta sebenar. Kita akan bertemu lagi di masa akan datang dengan perubahan yang baharu. Jumpa lagi,” katanya.

Selain pendakwaan di atas kesalahan seksual, Himchan juga pernah ditangkap memandu dalam keadaan mabuk beberapa hari selepas beliau membuat ‘comeback’ pertama di dalam tempoh dua tahun.

Sumber: newsis

loading...