15 Artis Kpop ini punyai rupa yang paling elok sekali, menurut rakan seangkatan mereka

May be an image of 4 people and text that says 'anothe'

Portal Ilgan Sports (IS Plus) mengadakan kajian sempena hari raya Cina (Lunar) yang ditemubual daripada artis-artis Kpop tertentu tentang siapakah idola yang mempunyai susuk tubuh yang cantik, idola yang layak bergelar kacakwan dan jelitawan, idola yang mahu didekati, idola menawan hati yang mahu diperkenalkan, serta idola yang mahu diikuti pada tahun 2021.

Dari kiri atas: Eun Woo, Jeonghan, Taehyung
Dari kiri bawah: Taeyong, Lucas, Jaehyun

Untuk kajian idola lelaki yang mempunyai rupa paling elok sekali, Cha Eun Woo ASTRO mendahului dengan 18 undian, diikuti dengan Jeonghan SEVENTEEN dengan 12 undian, Taehyung BTS, Lucas Wong dan Jaehyun NCT dengan 9 undian terikat serta Taeyong NCT dengan 3 undian. Pemilihan Cha Eun Woo di tangga teratas tidaklah menghairankan berikutan penyanyi idola itu seringkali bergelar ‘rupawan genius’ dalam kalangan penggemar media dan peminat kpop.

Dari kiri: Naeun, Irene dan Suzy
Dari kiri atas: Wonyoung, Minju, Yoona
Dari kiri bawah: Tzuyu, Miyeon, dan Sana

Manakala bagi kategori perempuan pula, Naeun APRIL mendahuluinya di hadapan dengan 9 undian, disusuli oleh Irene Red Velvet dengan 6 undian, Suzy, Minju IZONE, dan Miyeon (G)-idle dengan 5 undian, Yoona SNSD, Sana dan Tzuyu TWICE, serta Jang Wonyoung IZONE dengan 4 undian.  Sebagai bonus pula, ada yang meletakkan jawapan “Semua orang cantik” dengan 2 undian selain “SM Entertainment”, antara jawapan lain yang dikemukakan.

Seramai 22 ahli kumpulan kpop diundang bagi membuang undi mereka, seterusnya menentukan siapakah layak menyandang gelaran untuk setiap kategori yang dikemukakan.

  • (G)I-DLE
  • ITZY
  • NCT 127
  • Kang Daniel
  • NU’EST
  • THE BOYZ
  • MAMAMOO
  • MONSTA X
  • BTOB
  • SEVENTEEN
  • STAYC
  • Stray Kids
  • Secret Number
  • IZ*ONE
  • ENHYPEN
  • OH MY GIRL
  • LOONA
  • CHANGMO
  • CRAVITY
  • TXT
  • TREASURE
  • PENTAGON

Sumber: IS Plus 1, IS Plus 2, Is Plus 3

loading...