Sally Gugudan kecewa peminat asyik tertumpu pada Mina & Sejeong saja, malah disuruh balik ke China tanpa perlu kembali

Image may contain: 3 people

Sally meluahkan kekecewaannya berhubung aktiviti Gugudan yang surup sepanjang dua tahun, menjadi punca kepada pembubaran kumpulan itu hari ini.

Dalam temuduga bersama media China, Sally berkata, “Dua ahli itu (merujuk kepada Kang Mina dan Se Jeong) sangat dikenali (sejak menyertai Produce 101 Musim Pertama dan menjadi ahli I.O.I), maka jurang populariti mereka di antara ahli-ahli sangat jauh. Peminat asyik tertumpu pada mereka yang sudah pun mempunyai peminat mereka tersendiri.”

“Pada awal tahun 2019, agensi suruh saya balik saja ke China dan minta saya kemas bagasi. Sebaik saja saya tanya bila kami perlu kembali semula, agensi kata tak payah. Maka, saya pun terpaksa pergi,” katanya lagi.

Gugudan memulakan kerjaya nyanyian mereka pada 28 Jun 2016 dan album terakhir keluaran mereka adalah Act. 5 New Action dengan lagu Not That Type dijadikan single utama pada tahun 2018. Salah seorang ahlinya, Kim Se Jong yang merupakan bekas ahli I.O.I kini sedang membintangi drama OCN Uncanny Counter bersama dengan Jo Byung Gyu.

Sumber: imbc

loading...