Pengakuan jujur Lee Dae Hwi tampaknya mendatangkan reaksi negatif buat sebilangan netizen yang menonton rancangan tv Mnet ‘Not the Same Person You Used to Know’ baru-baru ini.
Lee Dae Hwi mendedahkan berat badannya kini adalah 51.5kg dan tingginya ialah 173cm. Disebabkan keadaan BMInya yang agak kurang normal, pinggang Lee Dae Hwi akan mencatatkan ukuran sekitar 17 hingga 20 inci. Apabila ditanya samada dia sedang mengamalkan diet, Lee Dae Hwi mengatakan dia berusaha menambahkan berat badannya.
“Sebenarnya saya cuba tambah berat badan. Sebab itulah saya makan lewat tengah malam. Berat saya kini 51.5kg. Tetapi, saya tak boleh kekalkannya kerana saya selalu bekerja samada menulis lagu atau membuat kerja-kerja rumah,” jelasnya.
Meskipun begitu, pengakuan jujur Lee Dae Hwi itu tidak disenangi oleh sebilangan netizen yang mengkritik pinggangnya sangat langsing seperti perempuan. Malah, ada di antara mereka telah membandingkannya dengan Jeon So Min dan Lee Dae Hee yang turut memiliki ukuran pinggang sepertinya. Sebilangan yang lain pula berpendapat keadaan diri Lee Dae Hwi sekarang memudahkannya untuk beraksi dengan baik di atas pentas. Apapun perbuatan ‘body shaming’ iaitu mengutuk bentuk tubuh badan seseorang ini tidak sepatutnya dijadikan sebagai tabiat dan boleh dianggap sebagai jenayah di Malaysia sekiranya laporan polis dibuat.
AB6IX kini sedang mempromosikan album ‘Salute’ untuk tatapan peminat mereka.
Sumber: koreaboo