Super M bakal terjah “James Corden Late Show” buat pertama kali

Image may contain: 7 people, people standing and text

Super M dijangka akan membuat persembahan sulung di dalam CBS  “The Late Late Show with James Corden” pada 23 Oktober 2020 ini (Mark dan Taeyong pernah tampil di rancangan itu sebagai wakil NCT 127).

Super M akan mempersembahkan lagu terbaru, One (Monster & Infinity) yang dipetik daripada album studio pertama mereka, “Super One”. One (Monster & Infinity) ialah single ketiga dikeluarkan selepas “100” dan “Tiger Inside”. Dalam masa yang sama, empat ahli mereka iaitu Ten, Lucas, Mark dan Taeyong yang juga sedang bergiat aktif sebagai ahli NCT mempromosikan album “NCT 2020 Resonance Pt.1” di Korea, sempat menyelitkan masa terluang bersama dengan Super M.

Sebelum ini, Super M mencipta sejarah menjadi kumpulan kpop kedua mencapai no.1 di dalam carta album Billboard 200 membuktikan pengaruh mereka yang agak meluas di Amerika Syarikat. Super M turut menyertai program khas di bawah WHO untuk merealisasikan kempen Hari Mental Sedunia.

loading...