‘How You Like That’ Blackpink terajui single paling laris di Korea minggu ini, kumpulan kpop perempuan pertama merajai carta digital Gaon sejak Bolbbalgan4

Image may contain: 2 people

Setelah dua minggu dilancarkan, akhirnya ‘How You Like That’ dendangan Blackpink menerajui single paling laris di Korea pada minggu ini, dengan menduduki posisi pertama di dalam carta digital Gaon.

‘How You Like That’ debut pada kedudukan no. 12 dalam carta digital Gaon bertarikh 2 Julai 2020 minggu lepas, tetapi mendaki terus ke posisi pertama setelah mendapat mata digital tertinggi, 50,300,439 dan menumbangkan penyandang sebelumnya, Bloo menerusi lagu hitnya, Downtown Baby. Kejayaan Blackpink tersebut didukung dengan penstriman berterusan di Youtube dan Melon, selain tetap konsisten mengunggui carta muzik semasa di dalam Flo, Genie, Bug dan Soribada. Untuk rekod, ‘How You Like That’ berada di posisi pertama carta muzik semasa Melon melebihi 220 jam (lebih kurang 12 hari), jauh ke hadapan berbanding pesaingnya terdekat untuk tahun ini iaitu Nonstop oleh Oh My Girl dengan catatan melebihi 43 jam.

Ia juga merupakan catatan terbaik buat Blackpink kerana kali terakhir kumpulan itu menjuarai carta digital Gaon adalah pada tahun 2018 menerusi Ddu-Du Ddu-Du (“Solo” oleh Jennie juga turut menjuarai carta digital Gaon beberapa bulan kemudian).

‘How You Like That’ juga meletakkan Blackpink sebagai kumpulan kpop perempuan pertama juarai carta digital Gaon sejak Bolbbalgan4 pada tahun 2019 menerusi single hit mereka, ‘Workaholic’. Malah, tiada satupun kumpulan kpop perempuan menjuarai carta berkenaan sepanjang tahun 2020 melainkan Blackpink saja walaupun album-album keluaran mereka masing-masing mampu mencecah 100k unit di dalam seminggu, manakala untuk rekod kumpulan kpop pula, hanya Blackpink, BTS dan MC The Max berjaya berbuat demikian.

Sumber: Gaon

loading...