Woo Do Hwan tolak tawaran lakonan drama, kena jalani khidmat ketenteraan bermula 6 Julai ini

Image may contain: 1 person, closeup

Woo Do Hwan (29 tahun) bakal menjalani latihan ketenteraan bermula 6 Julai 2020 depan, sekaligus mungkin terpaksa menolak tawaran lakonan yang diberikan kepadanya sebelum ini kecuali pihak produksi drama bersetuju untuk menangguhkannya.

KeyEast mengesahkan berita kemasukannya itu dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi. “Woo Do Hwan akan dikerahkan pada 6 Julai ini. Untuk keselamatan dan kesihatan dirinya, Woo Do Hwan berharap dapat menyertainya tanpa apa-apa majlis perpisahan samada daripada peminat mahupun sidang media,” katanya.

Woo Do Hwan turut menulis surat peribadi yang dikepilkan menerusi instagramnya sebentar tadi. “Terima kasih kerana menyayangi dalam usia saya yang 20-an ini. Hari-hari 20-an ini penuh dengan kegembiraan… Minta maaf kerana tidak dapat berhadapan dengan kalian. Saya akan kembali semula dalam keadaan baik dan sihat walafiat,” katanya.

Woo Do Hwan baru saja selesai membintangi drama SBS The King: Eternal Monarch bersama-sama dengan Lee Min Hoo dan Kim Go Eun. Sejak baru mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, Woo Do Hwan telah membuat ribuan gadis Korea menggila dengan jelingan matanya yang seksi dalam OCN Save Me seterusnya menyebabkan tawaran lakonan tidak putus-putus diberikan kepadanya. Lakonan di dalam KBS Mad Dog kemudiannya melayakkan beliau tercalon Best Supporting Actor di dalam 6th CARI Kdrama Awards.

View this post on Instagram

💕💕💕

A post shared by 우도환 (@wdohwan) on

Sumber: ytn

loading...