Woo Do Hwan buat ribuan gadis Korea menggila dengan jelingan matanya yang seksi dalam OCN Save Me

Barangkali, yang menimbulkan sifat ingin tahu penonton bukan lagi pelakon-pelakon senior mahupun idol yang telah terbina kerjayanya, tapi kali ini pelakon baru tak dikenali sebelumnya, iaitu Woo Do Hwan.

Agensi KeyEast yang menguruskan Woo Do Hwan telah mengeluarkan beberapa gambar adegan melibatkan kelibat Woo Do Hwan dalam drama OCN Save Me menerusi laman sosial naver sehingga berjaya meraih puluhan ribu pembaca dalam masa beberapa jam.  Woo Do Hwan memiliki jelingan mata yang tajam menampakkan lagi sifat dinginnya yang sebati dengan watak dilakonkan dalam drama berkenaan. Dia menerjah sekumpulan penyangak dengan wajah tak berperasaan, tapi dalam keadaan yang lain, penonton dapat memahami semangatnya yang mahu menegakkan kebenaran walaupun dengan cara kekerasan.

Foto Woo Do Hwan yang tular di laman sosial Naver

Foto di atas telah menawan hati ribuan penonton wanita apabila dimuatnaik dalam laman sosial berkenaan kerana tetap tampak comel walaupun wajahnya berparut, mungkin disebabkan uniknya senyuman yang terpacar daripada mulutnya.

Woo Do Hwan merupakan seorang model sebelum bergerak aktif dalam filem sehingga meraih pencalonan Best New Actor dalam  Paeksang Art Awards menerusi filem “Master”, sebelum mula menceburkan diri dalam arena drama terutamanya OCN Save Me dan KBS Mad Dog yang akan disiarkan tak lama lagi.

OCN Save Me ditayangkan di setiap Sabtu dan Ahad jam 11.20pm (waktu Malaysia) turut menampilkan OK Taecyeon yang baru saja menjalani latihan khidmat negara selaku kawan seperjuangnya dan Jo Seung Ha selaku paderi gila seks. Ia berkisarkan tentang penyelewangan kultus agama yang menjadi barah dalam masyarakat yang duduk di suatu kampung. OCN Save Me berjaya mencatat peningkatan ratings kepada 3% minggu lepas berbanding 1% pada permulaan episod. Anda juga boleh ikuti laman sosial instagramnya di sini:

Sumber: donga

loading...