Nampaknya Suho dan Yook Sung Jae akan mendaftarkan diri masing-masing dikem latihan tentera pada minggu ke-3 bulan Mei. Kedua-duanya telah pun mengesahkan tarikh kemasukan untuk memulakan khidmat tentera wajib mereka.
Pada 4 Mei, Suho menerusi ruang komuniti rasmi peminat dalam talian EXO di Lysn, telah berkongsi surat tulisan tangan yang mengumumkan pendaftarannya memasuki khidmat tentera. Suratnya berbunyi seperti berikut:
Hello, EXO-L. Ini Suho.
Saya menulis surat ini kerana ada sesuatu yang ingin saya beritahu kepada anda semua.
Pada 14 Mei, saya akan mendaftar masuk ke pusat latihan tentera untuk menjalankan tugas kepada negara. Saya rasa, akan merindui EXO-L dalam tempoh tersebut.
Saya berharap EXO-L, yang sentiasa memikirkan saya dan mencintai saya setiap hari, akan diberikan kesihatan yang baik selalu. Saya dengan seikhlas hati berterima kasih dan menyayangi kamu semua.
We are one, EXO. Let’s love.
Satu sumber dari SM Entertainment telah mengesahkan berita tersebut dan menyatakan, “Suho akan mendaftarkan diri pada 14 Mei. Waktu dan lokasi pusat latihan tentera tidak akan didedahlan kepada umum.”
Suho adalah anggota EXO yang ke-3 memulakan khidmat tentera selepas Xiumin dan D.O
Yook Sung Jae mula khidmat tentera 11 Mei depan
Terdahulu, Yook Sung Jae (BTOB) pada, telah mengumumkan berita (pendaftaran masuk ke khidmat tentera) menerusi akaun Instagram peribadinya dengan berkongsi surat yang panjang mengenai menjelaskan rancangannya yang akan datang. Kandungan isi surat adalah seperti berikut :
“Helo, ini Sungjae.
Pertama! Terima kasih banyak kepada anda semua, Melody [nama kelab peminat BTOB] di atas ucapan hari serta meraikan sambutan hari ulangtahun saya. (Saya melihat semua muatnaik di media sosial, iklan hari jadi, dan majlis anda!)
Saya tidak tahu permulaan yang bagaimana untuk memberitahu anda tentang perkara yang telah lama saya fikirkannya. Oleh itu, saya memutuskan dengan menulis surat ini adalah langkah yang tepat untuk memberitahu anda dengan kadar yang segera.
Ramai yang akan terkejut dengan ini, tetapi saya telah memutuskan bahawa saya akan mendaftar masuk untuk jalani khidmat tentera pada 11 Mei!
Ada orang yang akan terkejut dengan berita ini dan ada yang prihatin serta bimbang, tetapi dek kerana sambutan serta layanan luar biasa yang saya lihat dari Melody, saya kini lebih yakin untuk nyatakan ke mana pun saya pergi, saya akan terima kasih sayang dan berani berkhidmat. Saya tidak lagi merasa bimbang! Nampaknya saya akan berkhidmat dan kembali tanpa sebarang masalah.
Kerana disebabkan pendaftaran ahli BTOB yang seterusnya, ada waktu rehat yang tidak dapat dielakkan [dalam aktiviti kami], tetapi oleh kerana Melody kami akan menunggu kami, BTOB akan mengimpikan tentang hari yang kita semua dapat bertemu lagi dan menjadi kuat!
Hanya tinggal beberapa hari lagi, tetapi saya akan berkomunikasi dengan Melodi kelak menerusi siaran langsung (live broadcast), dan tidak lama lagi abang (hyung) BTOB yang lain akan tamat jalani khidmat tentera, dan drama ‘Mystic Pop-Up Bar’ akan mula ditayangkan tidak lama lagi (rangkaian JTBC mulai 20 Mei), jadi harap anda bersabar. Hari di mana BTOB dan Melodies semua dapat bertemu bersama-sama akan tiba tidak lama lagi!
Saya tetap bersyukur, dan pada masa akan datang, teruskan menyokong saya! Sehingga hari yang saya dapat tunjukkan kepada anda semua dengan penampilan yang lebih hebat, harap anda sihat dan habiskan hari anda dengan gembira. Dari Yook Sungjae. “
Sementara itu, Sungjae akan menjadi anggota BTOB keempat yang akan memenuhi komitmen perkhidmatan wajibnya, selepas anggota Eunkwang, Changsub, dan Minhyuk.
Apapun, selamat berkhidmat kepada Suho (EXO) dan Yook Sung Jae (BTOB)!