Annyeong Yorobun, Chinguyaa,
Gais, Mei 2020 is coming and pada semua yang beragama Islam, kami ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa. Since we are still in the midst of Movement Control Order (MCO), Ramadhan this year give us opportunity to spend more time with our family . Jadi, gunakan peluang ini sebaiknya, gais.
Seperti biasa, penulis tetap menyediakan senarai drama-drama Korea terbaru yang akan bersiaran sepanjang Mei ini. Mungkin ada yang akan mengisi bucket list korang yang sedia ada. Well, ada 8 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang Mac ini. Banyaknya gaiss!! So, let’s check it out the list.
1. Soul Mechanic (KBS) [Tayangan KBS World TV]
“Soul Mechanic” adalah sebuah drama yang menceritakan kerjaya seorang psikiatri dan para pesakit mereka. Drama ini juga akan membawa anda untuk melihat bagaimana psikiatri cuba menyembuhkan emosi pesakit mereka yang terluka. Menerusi berbagai cerita, drama ini cuba untuk mengupas tentang persoalan “Dari mana datangnya kegembiraan” dan akan berkongsi mesej-mesej yang menyentuh hati dan menghiburkan para penonton.
Shin Ha Kyun akan membawakan watak sebagai Lee Si Joon, seorang psikiatri di sebuah hospital umum. Dia adalah seorang doktor yang sangat berdedikasi dan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu pesakitnya. Apa yang menarik, ini merupakan drama bertemakan perubatan pertama Shin Ha Kyun dalam tempoh sembilan tahun dan kembali bekerjasama dengan (PD) Yoo Hyun Ki selepas dalam drama hit 2011 “Brain” di mana Shin Ha Kyun telah memenangi Daesang [Hadiah Utama] di KBS Drama Awards.
Jung So Min pula akan memainkan peranan Han Woo Joo, pelakon muzikal yang sedang meningkat naik. Han Woo Joo seorang yang diibaratkan seperti api dan air, mood yang sentiasa berubah, bersemangat dalam kerjaya serta apa sahaja yang disukainya dan cuba untuk mencari diri sebenar beliau. Han Woo Joo juga merupakan pesakit kepada Lee Si Joon.
Menurut pihak produksi, Monster Union, “Kami merancang untuk menunjukkan kepada penonton bagaimana untuk menemukan kegembiraan hidup walaupun berada di tengah kesusahan dan perjuangan hidup seharian. Kami harap anda dapat menantikan perjalanan penyembuhan jiwa (soul-healing) saat Lee Shi Joon da Han Woo Joo bertemu.”
“Soul Mechanic” bakal bersiaran di KBS World TV Ch 391 dan Ch 392HD mulai 7 Mei depan bagi mengisi slot drama Khamis-Jumaat, jam 9.10 malam. Drama ini juga boleh ditonton menerusi Astro Go.
2. Oh My Baby! (tvN) [Tayangan tvN Asia]
“Oh My Baby” mengisahkan seorang wanita berumur 39 tahun yang menginginkan cahaya mata tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Setelah dia berputus harap dengan cinta, tiga lelaki hadir dalam hidupnya. Drama ini ditulis oleh Noh Sun Jae (“Mirror of the Witch“) dan mendapat khidmat pengarah Nam Gi Hoon (“Voice Season 3,” “Beauty Inside,” “Tunnel“).
Jang Nara memegang watak sebagai Jang Ha Ri, penolong ketua jabatan di majalah keibubapaan. Jang Ha Ri, seorang yang rajin bekerja, cantik dan sangat berbakat dalam kerjayanya. Dia bagaimanapun, telah berputus asa dalam bercinta sejak 10 tahun yang lalu. Namun apa yang masih menjadi harapannya adalah untuk memiliki cahaya mata sendiri. Pelakon itu berkata, “Jan Ha Ri adalah watak yang sangat ceria, jujur dan tidak menyembunyikan apa yang dia fikirkan atau rasakan. Ianya mengisahkan orang dewasa yang kekok dalam usaha mencari kebahagiaan masing-masing. Saya rasa penonton boleh dapat mengaitkan kisah ini dengan perkahwinan, cinta dan kehamilan. Ada kalanya kisah ini boleh membuatkan anda menjadi sedikit emosi namun ia akan disuntik dengan pelbagai adegan jenaka agar penonton tidak terlalu tertekan ketika menonton drama ini.”
Go Joon akan membawakan watak sebagai jurugambar bebas Han Yi Sang, yang sangat mempercayai pada kehidupan bujang dan sentiasa mencari hobi-hobi yang baru. Park Byung Eun pula membawakan watak Yoon Jae Young, seorang pakar pediatrik dan rakan karib Jang Ha Ri. Pada suatu hari selepas bangun dari tidur, Yoon Jae Young mendapati dirinya tiba-tiba menjadi seorang ayah tunggal. Manakala Jung Gun Joo sebagai Choi Kang Eu Tteum, seorang pekerja baru di majalah keibubapaan yang akan membawanya menikmati pengalaman yang menarik dan sentiasa memerhatikan Jang Ha Ri.
Pengarah Nam Gi Hoon berkata, “Saya berhasrat untuk membuat sebuah drama yang menyeronokkan serta dapat mengaitkan penonton dengan memaparkan kisah-kisah realistik dan masalah wanita yang tidak kita ketahui sebelumnya.” Penulis skrip Noh Sun Jae menambah, “Ini adalah kisah tentang mencari kebahagiaan anda sendiri dan bukannya berusaha memenuhi standard masyarakat.”
“Oh My Baby” akan ditayangkan menerusi tvN Asia Astro Ch 395, Astro Go dan Unifi TV Ch 211 mulai 7 Mei depan. Drama ini akan mengisi slot Khamis-Jumaat mulai jam 9.45 malam.
3. Wind, Cloud and Rain (TV Chosun)
TV Chosun “Wind, Cloud and Rain” adalah sebuah drama tentang perjuangan perebutan takhta antara kingmakers dengan kemampuan psikik. Ia juga akan menampilkan campuran karakter fiksi dan karakter sejarah nyata mengenai perjuangan merebut takhta antara mereka yang mempunyai kemampuan psikik. Drama ini adalah adaptasi dari novel “Baramgwa Gooreumgwa Bi” oleh Lee Byung Joo (diterbitkan dari 1977 hingga 1987 di akbar The Chosun”.
Park Shi Hoo membawakan watak Choi Chun Joong, peramal dan ahli fisiognomis (pembaca wajah) terbaik Dinasti Joseon. Choi Chun Joong adalah lelaki luar biasa yang dilahirkan dalam keluarga kaya dan kemudian diasingkan sebagai seorang psikik. Dia kemudian naik ke posisi paling kuat dalam Dinasti Joseon. Sebagai pahlawan terhebat pada zamannya, dia berusaha mengubah masa depan Joseon dengan kemampuan psikisnya dan mengorbankan hidupnya untuk wanita yang dia cintai.
Go Sung Hee pula akan muncul sebagai Lee Bong Ryun, seorang wanita dengan kecantikan yang tiada tandingannya dan kemampuan spiritual yang misteri. Kemampuannya membaca masa hadapan orang lain pada mulanya menjadi keterujaan, tetapi ia menjadi titik kejatuhannya dek kerana ketamakan manusia yang seringkali mempergunakannya. Lee Bong Ryun akhirnya menjadi raja di samping Choi Chun Joong.
Jun Kwang Ryul membawakan watak sebagai Lee Ha Eung, raja muda dan ahli keluarga diraja kerajaan Dinasti Joseon. Setelah menjalani kehidupan sebagai orang kampung sambil menyembunyikan cita-citanya untuk berkuasa, dia menyedari kemahiran Choi Chun Joong dan bekerjasama dengannya untuk menjadikan anaknya seorang raja.
Manakala, Sung Hyuk melakonkan watak sebagai Chae In Kyu, rakan dan merangkap musuh Choi Chun Joong. Chae In Kyu merupakan kawan Choi Chun Joong tetapi selalu mengejar kedudukan rakannya dan wanita yang disukainya.
“Wind, Cloud and Rain” akan menjadi kolaborasi antara pengarah Yoon Sang Ho dari “Different Dreams,” “Saimdang, Light’s Diary,” dan “Bride of the Century,” dan penulis Bang Ji Young dari “Diary of a Night Watchman” . ” Drama ini akan mula ditayangkan menerusi TV Chosun pada 17 Mei depan.
4. Mystic Pop-up Bar (JTBC)
“Mystic Pop-up Bar’ yang merupakan adaptasi daripada webtoon popular “Ssang Gap Pocha” mengisahkan tentang misteri kewujudan pojangmacha di tengah-tengah malam di tempat yang jarang dikunjungi oleh manusia. Kewujudannya mencetuskan tanda tanya buat pengunjung pondok kanopi itu apabila mereka dikatakan telah ‘dipengaruhi’ sesuatu selepas pulang ke rumah. Pojangmacha dikenali sebagai jajaran pondok kanopi yang biasanya dilawati peminat ‘food street’ untuk menikmati soju dan hidangan daging celup bakar. Karya lukisan Bae Hye Soo ini telah memenangi anugerah kartun terbaik pada Korea Comic Awards pada penilaian 10/10 menerusi Daum.
Hwang Jung Eum akan memegang watak Wol Joo, pemilik pojangmacha. Wol Joo seseorang yang tidak tergolong dalam dunia realiti mahupun dunia kematian, yang membolehkannya bergerak di antara mimpi. Dia diibaratkan kaunselor yang menyelesaikan kerisauan manusia dalam dunia impian.
Yook Sungjae pula membawakan watak sebagai Han Kang Bae, pekerja dikhidmat pelanggan Gab Eul Mart dan pekerja sambilan di pojangmacha. Dia memiliki kemampuan luar biasa sehingga membolehkan seseorang berterus terang mengenai rahsia selepas mereka bersentuhan dengan Han Kang Bae.
Choi Won Young sebagai Foreman Gwi, pengurus di pojangmacha dan merupakan orang yang bertangungjawab dalam pengurusan prestasi Wol Joo. Dahulunya, Foreman Gwi adalah ketua pasukan detektif di Jabatan Polis Afterlife.
Manakala, Lee Joon Hyuk membawakan watak sebagai Ketua Jabatan Yeom, seorang malaikat maut (grim reaper) di bahagian neraka. Jung Da Eun pula sebagai Yeo Rin, seorang pekerja keselamatan yang lurus di Gab Eul Mart dan tidak pernah bertemujanji kerana alasan yang tidak diketahui sehingga membuatkan lelaki melarikan diri darinya.
“Mystic Pop Up Bar” diarahkan oleh oleh Jeon Chang Geun yang sebelum ini pernah menghasilkan “The Queen of Office,” “What Happens to My Family,” dan “The Package.” Drama ini akan ditayangkan dirangkaian JTBC mulai 20 Mei bagi mengisi slot drama Rabu-Khamis.
5. Old School Intern (MBC)
“Old School Intern” mengambil latarbelakang situasi dipejabat dan bertemakan komedi, ‘bromance’ serta penuh drama. Ia menceritakan seorang bekas pekerja yang melakukan ‘sweet revenge’ terhadap bekas majikannya. Bekas majikannya kini menjadi pekerja bawahannya.
Park Hae Jin akan membawakan watak sebagai Ga Yeol Chan, seorang pekerja yang telah berpindah ke syarikat ramyun setelah berdepan tekanan bekerja di bawah bos yang berusia, suka mengarah dan mempunyai fikiran ‘old style’. Di syarikat Jun Su Food, Ga Yeol Chan telah bekerja dengan dengan penuh dedikasi dan bersemangat sehingga dilantik menjadi ketua bahagian pemasaran dan jualan dalam waktu yang singkat. Namun, pada satu hari, dia kemudian bertemu dengan bekas majikannya Lee Man Shik yang dilakonkan oleh Kim Eung Soo. Kali ini pertemuan keduanya dalam situasi yang berbeza apabila Lee Man Sik adalah pelatih senior di bawah kelolaan Ga Yeol Chan. Kisah balas dendam Ga Yeol Chan akan bermula disamping aksi ‘bromance’ antara kedua-dua lelaki ini yang akan digambarkan secara realistik dan sedikit aksi komik. Pasti menarik untuk saksikan mereka beraksi tambahan Ga Yeol Chan yang ‘perfectionist’ itu sebenarnya seorang yang cuai dalam kehidupan seharian.
Selain Park Hae Jin dan Kim Eung Soo, drama ini akan dilakonkan oleh Han Ji Eun yang memegang watak Lee Tae Ri, juga seorang pelatih baru dibahagian pemasaran. Lee Tae Ri digambarkan sebagai seorang yang aneh, lucu dan kurang motivasi. Manakala Park Ki Woong pula memegang watak Namgoong Jun Su, CEO Jun Su Foods yang angkuh. Namgoong Jun Su adalah anak lelaki tunggal kepada pengerusi syarikat namun tidak mempunyai sebarang kuasa tanpa mendapat kelulusan daripada ayahnya. Dia tidak mempedulikan pekerja yang lain kecuali Ga Yeol Chan yang rapat dengannya.
“Old School Intern” akan diarahkan oleh PD Nam Sung Woo yang sebelum ini mengarahkan drama “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo” dan “100 Days My Prince” dan kripnya dinukilkan oleh Shin So Ra, yang pernah memenangi hadiah utama pertandingan penulisan skrip anjuran MBC pada 2018. Drama ini akan mula ditayangkan selepas drama “Find Me In Your Memory” berakhir dan berkemungkinan besar ianya akan ditayangkan di OhK! Ch 394 bagi mengisi slot Khamis-Jumaat jam 7.50 malam mulai 21 Mei depan.
6. Team Bulldog: Off Duty Investigation / Further Investigation (OCN)
OCN “Team Bulldog: Off Duty Investigation” atau “Further Investigation” adalah sebuah drama komedi aksi berorientasikan jenayah mengenai seorang detektif polis bernama Jin Kang Ho (lakonan Cha Tae Hyun) daripada unit siasatan jenayah berat yang tidak sesekali akan berputus atas sehingga dia mampu menyelesaikan kes jenayah tersebut. Jin Kang Ho berganding bahu dengan pihak produksi tv yang mana rancangannya hanya sekadar meraih ‘rating’ yang rendah, bagi menyelesaikan beberapa kes jenayah dingin. Jin Kang Ho akan bertindak sebagai ‘profiler’ di samping pemilik bar dan pengarah majlis pengkebumian yang dahulunya masing-masing bekas penyangak dan doktor forensik NIS.
Manakala, Lee Sun Bin pula akan memainkan watak Kang Moo Young, producer rancangan tersebut. Kang Moo Hyung mempunyai misi yang sangat berat bagi menaikkan rating rancangan kendaliannya ke paras melebihi 5 peratus dan sanggup membuat apa saja seperti pengintipan dawai (“wiretapping”) bagi menjayakan misinya itu.
Jung Sang Hoon memegang watak Lee Ban Suk, bekas ketua autopsi di Perkhidmatan Forensik Nasional dan kini sebagai pengarah pengebumian. Dia menjelaskan, “Mereka mengatakan orang yang melihat kematian setiap hari mempunyai banyak kebanggaan dalam hidup.”
Yoon Kyung Ho pula melakonkan watak sebagai pemilik bar koktel dan bekas ketua gangster Teddy Jung. Pelakon itu menggambarkan wataknya sebagai rakan karib Jin Kang Ho dan orang tengah dalam situasi berbahaya.
Manakala, Ji Seung Hyun memegang watak Tak Won, seorang detektif swasta yang pernah menjadi profiler terbaik negara.
Pengarah Lee Yoo Jin daripada layar perak akan berganding bahu dengan penulis skrip, Lee Yoo Jin (OCN Missing) bagi memacu drama ini. Drama ini akan ditayangkan menerusi rangkaian OCN mulai 23 Mei depan.
7. Shall We Eat Dinner Together? (MBC)
“Shall We Eat Dinner Together?” adalah karya berdasarkan satu webtoon dengan tajuk yang sama. Ia menceritakan kisah cinta antara seorang lelaki dan wanita yang serik untuk bercinta setelah berdepan dengan perpisahan yang perit. Setelah menikmati makan malam bersama, akhirnya luka lama semakin terubat dan mereka kembali merasai ni perasaan cinta. Mereka cuba mencari cinta kembali bermula dengan makanan.
Song Seung Heon akan membawakan watak Kim Hae Kyung, seorang ahli psikiatri dan psikologi makanan yang menganalisis pesakit dengan menyaksikan mereka makan dan menggunakan cara yang luar biasa untuk merawat pesakitnya iaitu melalui makanan dan sajian makanan. Walaupun Kim Hae Kyung digambarkan sebagai seorang yang lemah lembut dan sopan ketika merawat pesakitnya, namun dia begitu jujur dan sangat tegas sehingga boleh menjadi kejam apabila mengkritik makanan.
Seo Ji Hye pula akan membawakan watak Woo Do Hee, seorang yang tidak lagi punya perasaan cinta apabila pernah gagal dalam percintaan. Woo Doo Hee merupakan PD untuk sebuah web channel 2N BOX, seorang yang penuh ragam, ceria dan terkenal dikalangan rakan sebayanya.
Walaupun kedua-dua watak itu seakan pakar dalam percintaan, mereka sebenarnya masih lagi trauma dengan cinta pertama masing-masing. Kim Hae Kyung dan Woo Do Hee akan menunjukkan keserasian yang tidak dijangka apabila mereka secara kebetulan menjadi teman makan malam tanpa mengetahui nama satu sama lain.
Lee Ji Hoon pula akan membawakan watak Jung Jae Hyuk, seorang jurnalis bebas dalam bidang kekasih hati Woo Do Hee semasa zaman kolej mereka. Setelah tamat belajar, Jung Jae Hyuk ke luar negera dan berpisah dengan Woo Do Hee untuk tempoh lima tahun. Manakala Son Naeun Apink memegang watak sebagai Jin No Eul, bintang media sosial popular dan jurulatih kecergasan yang juga bekas kekasih Kim Hae Kyung. Kerana mereka mempunyai tujuan yang sama untuk mendapatkan kembali cinta pertama mereka, Jung Hae Hyuk dan Jin No Eul menjadi sahabat dan berkongsi pelbagai perkara. Mereka juga turut menyokong antara satu sama lain untuk mendapatkan kembali cinta mereka.
“Shall We Eat Dinner Together?” akan mula berisaran di MBC pada 23 Mac. Drama ini juga mungkin akan ditayangkan di OhK TV Asia Ch 394 dan Astro Go bagi mengisi slot drama Selasa-Rabu mulai 24 Mei jam 7.50 malam.
8. Late Night Snack Man and Woman (JTBC)
“Late Night Snack Man and Woman” adalah sebuah drama bertemakan komedi romantik yang mengisahkan mengenai cinta tiga segi di mana seorang lelaki dan wanita bertarung melawan lelaki yang sama.
Jung Il Woo akan membawakan watak sebagai Park Jin Sung yang berjaya mencuri hati orang lain melalui makanan. Park Jin Sung menguruskan sebuah restoren istimewa yang dinamakan bistro72. Dia ditawarkan menjadi host sebuah rancangan masakan yang diberi nama “Late Night Snack Man and Woman” oleh pelanggan tetapnya PD Kim Jin Ah selain turut menyembunyikan satu rahsia. Dengan kata-kata yang tulus dari hati dan kemahiran memasak yang lur biasa, chef Park Jin Sung semakin dikenali ramai.
Kang Ji Young KARA pula memegang watak pengarah kontrak bagi ‘variety show’, PD Kim Ah Jin. Dia bekerja keras kerana impiannya ingin membuat penampilan sulung sebagai pengarah. Kim Ah Jin seringkali mengunjungi bistro72 untuk menikmati minuman dan makanan ringan di mana padanya itu sahaja sumber kegembiraan dalam hidupnya setelah penat bekerja. Sebelum tamat kontrak, impian terakhirnya untuk menjadikan rancangan “Late Night Snack Man and Woman” berjaya.
Lee Hak Joo, akan membawakan watak seorang pereka terkenal bernama Kang Tae Wan. Biarpun luarannya nampak sempurna, berkarisma namun dalamannya berbeza. Dia seakan membina tembok untuk bergaul mesra dengan orang lain. Secara kebetulan, Kang Tae Wan menjadi orang yang dipertanggungjawab untuk penggayaan Park Jin Sung bagi rancangan masakannya.
Menurut perkongsian pihak produksi, “Ketiga-tiga pelakon ini menunjukkan sinergi yang sangat luar biasa. Mereka berjaya menghayati dan membawa karakter masing-masing dengan baik. Drama ini tidak hanya tertumpu kepada kisah cinta, namun kami akan mengisi perut anda yang lapar serta hati anda dengan masakan ringan yang menarik serta kisah-kisah yang menarik selepas berdepan hari yang memenatkan.”
“Late Night Snack Man and Woman” akan mula ditayangkan pada 25 Mei menerusi rangkaian JTBC.
Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys and please take care. We love you guys!