Kesemua ahli CNBLUE berkumpul di rumah abang long mereka, Jung Yonghwa seperti menandakan mereka akan membuat ‘comeback’ tak lama lagi.
Dalam satu gambar yang dimuatnaik oleh Lee Jungshin menerusi instagramnya, Lee Jungshin menulis , “Rumah ini dikunjungi tanpa kebenaran”. Kang Minhyuk, Lee Jungshin dan Jung Yonghwa duduk sebelah-menyebelah sambil tersenyum di hadapan kamera. Pertemuan ini difahamkan pertama kali ditunjukkan secara terbuka semenjak Kang Minhyuk dan Lee Jungshin baru selesai menjalani latihan ketenteraan pada 4 Mac lalu.
Tak selesai di situ, di ruang komentar di bawahnya, Kang Minhyuk berkata, “Nak tidur rumah hyung tak?”. Pertanyaan itu segera dibalas oleh Lee Jungshin,” Aku balik semula ke rumah hyung selepas mandi.”
Netizen berasa teruja dengan pendedahan tersebut dengan harapan mereka mampu membuat ‘comeback’ dengan tiga orang ahli sedia ada. Lee Jonghyun yang terbabit dengan kontroversi sebaran video dan gambar lucah oleh Jung Joon Young, telah memilih untuk keluar daripada CNBLUE.
Sumber: instagram Lee Jungshin