Kang Daniel melahirkan rasa puas hatinya dapat menjamah daging panggang keseorangan tanpa gangguan peminat.
“Saya sukakan Honbap (makan keseorangan tanpa gangguan)….Ini kali pertama saya dapat makan di khalayak tanpa memakai topeng muka langsung,” kata Kang Daniel dengan nada yang teruja kerana tidak perlu lagi memikirkan orang lain di sekelilingnya.
“Kali pertama merasai daging panggang ini seperti hdup ini dipenuhi dengan daging-daging saja. Tak kisah negara mana asalnya daging lembu ini dikutip. Ia sangat sedap. Saya makan banyak sangat ramen sebelum ini sehingga tak sempat untuk merasainya.”
Program kembara Kang Daniel di Portland, Oregon, Amerika Syarikat ini dapat disaksikan menerusi SBS FiL (Hello, Daniel). Gambar-gambar dimuatnaik oleh penyanyi ini di ruang media sosial seperti papan tanda pejalan kaki dengan lukisan papan luncur di bawahnya, menunjukkan betapa terujanya sepanjang berjalan-jalan di sana.
Sumber: SBS FunE