Rentetan daripada khabar angin seorang netizen mendakwa mereka akan bercerai tak lama lagi, Huang Xiaoming tak melatah di depan peminatnya, sebaliknya dia pula menyindir netizen di laman sosial weibo-nya dengan komen menghiburkan.
Huang Xiaoming diajukan satu komen yang pelik daripada seorang netizen yang dilaporkan berkata, “Saya sayangkan kamu dan Angela Baby”. Beliau kemudian membalasnya dengan berkata, “Terima kasih. Saya juga sayangkan Angela Baby.”
Khabar angin tentang penceraian mereka disebarkan oleh seorang netizen dan dimuatkan dalam portal sina berdasarkan pengamatannya bahawa kedua-duanya jarang menunjukkan kemesraan di khalayak ramai setelah Angela Baby melahirkan anak mereka. Sebaik saja Angela Baby diajukan gosip tentang dirinya bakal bercerai, agensinya menafikan dan mengatakan berita itu adalah palsu semata-mata.
Huang Xiaoming berkahwin dengan Angela Baby pada tahun 2015 dan telah dikurniakan anak seorang. Perkahwinan mereka dahulu pernah mencetuskan kontroversi apabila kosnya menelan belanja sehingga 31 juta. Selain pasangan Song-Song yang amat dikenali di Korea, pasangan Huang Xiaoming-Angela Baby juga amat sinonim dengan rakyat dari tanah besar China.
Sumber: weibo, tv report, forbes