Jun Joon Young mengambil keputusan untuk mengaku bersalah pada hari ini di atas kesemua pendakwaan.
Jun Joon Young didapati telah melanggar Akta Khas Hukuman Terhadap Jenayah Seks Ganas kerana perbuatannya merakam dan menyebarkan video seks mangsa tanpa pengetahuan mereka dan juga melanggar Akta Jenayah Keganasan Seksual atas perbuatannya merogol beramai-ramai tanpa kerelaan mangsa (didakwa bersama Choi Jong Hoon).
Hadir sebagai defendan, Jung Joon Young turut meminta kedua-dua perbicaraan dihimpunkan sekali. Ia bagi memudahkan mahkamah menjatuhkan hukuman terus kepada defendan tanpa melalui proses perbicaraan yang panjang. Dalam pengakuannya di hadapan mahkamah tadi, Jung Joon Young turut mengaku terdapat dua mangsa yang diketahuinya dan memohon mahkamah melantik peguambela untuk mencapai penyelesaian dengan mangsa.
Persoalan kenapa Jung Joon Young terus mengaku bersalah tanpa mahu dibicarakan lagi menimbulkan tanda tanya. Besar kemungkinan Jung Joon Young mahu hukumannya dikurangkan selepas mengaku bersalah di hadapan mahkamah. Proses perbicaraan yang panjang akan memakan masa dan menghadapi risiko dikenakan hukuman penjara yang maksimum selepas mahkamah berpuas hati dengan bukti-bukti yang ditunjukkan oleh pihak pendakwaraya.
Sumber: chosun ilbo