Running Man: Mencatatkan Tontonan Terendah Sepanjang 7 Tahun Bersiaran


Menurut Nielson Korea,(Agency penyelidikan penonton) pada episode yang lalu yang bersiaran pada 9 April, “Running Man” mencatatkan 2.8% pada separuh masa pertama dan manakala separuh masa kedua mencatatkan 3.4%. Dimana catatan ini telah menurun dari episod minggu lepas, yang mencatatkan 3.9% pada separuh pertama dan 5.1% pada separuh kedua.

Ini adalah rekod tontonan yang paling teruk dalam sejarah rancangan ini sejak ia bermula pada tahun 2010. SBS cuba untuk memulihkan ranking rancangan ini dimana mereka telah memasukkan pelakon baru Yang Se Chan dan Jun So Min sebagai ahli. Tetapi dengan penambahan ini masih tidak jelas sama ada langkah ini akan membantu ke naikkan ranking rancangan ini.

Dengan tontonan terendah ini berbanding persaing mereka dalam slot masa yang sama. Bahagian pertama untuk rancangan “King of Masked Singer” (MBC) mencatatkan 8% dan 13.6% untuk bahagian kedua dan untuk rancangan “Happy Sunday” (KBS 2TV) mencatatkan 11.8% lebih tinggi daripada Running Man.

loading...