Adakah Seo Ye Ji bakal dipasangkan dengan Lee Joon Gi dalam drama baru tvN?

Terdahulu, wakil agensi Lee Joon Gi mengesahkan beliau telah ditawarkan watak pelakon utama drama terbaru tvN; Lawless Lawyer.

Baca : Lee Joon Gi bakal beraksi peguam gangster dalam drama terbaru tvN

Pada 14 Februari yang lepas, agensi Seo Ye Ji pula  mengesahkan bahawa pelakon berkenaan telah ditawarkan membintangi drama terbaru tvN iaitu Lawless Lawyer.

Sumber agensi terbabit, King Entertainment berkata, “Seo Ye Ji sedang mempertimbangkan tawaran untuk membintangi drama tersebut.

Lawless Lawyer mengisahkan seorang gangster yang akhirnya bertukar menjadi seorang peguam dengan berlawanan dengan undang-undang demi membalas dendam ibunya.  Drama ini akan diketuai oleh pengarah Kim Jin Min yang sebelum ini pernah bekerja untuk Time Between Dog and Wolf bersama penulis skrip Yoon Hyun Ho yang pernah menghasilkan skrip untuk filem Confidential Assignment dan The Attorney.

Jika Seo Ye Ji menerima tawaran itu, dia akan membawakan watak Ha Jae Yi yang menjalani kehidupan sendirian sejak zaman kanak-kanak lagi. Dia akhirnya menjadi seorang peguam hebat yang berjuang untuk keadilan tetapi dia diturunkan pangkat setelah menyerang seorang hakim. Dia bertemu dengan peguam Bong Sang Pil setelah diturunkan pangkat dan akhirnya mereka terikat dengan satu sama lain.

Sebelum ini telah didedahkan Lee Joon Gi amat positif untuk mempertimbangkan tawaran untuk menjadi pelakon lelaki utama. Lee Joon Gi bakal membawakan watak Bong Sang Pil yang cuba melawan undang-undang demi untuk membalas dendam ibunya. Dia merasakan undang-undang adalah kejam serta tidak adil dan sentiasa bertindak mengikut kehendak diri sendiri kerana beliau hanya mahu membalas dendam.

Seo Ye Ji pernah membintangi drama seperti Save Me, Hwarang, Moorim School, The Night Watchman, dan banyak lagi.

Sumber : Naver 1 | Naver 2

loading...