Annyeong, chinguyaa~~
As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru yang akan bersiaran. Dari kisah romantik yang mencuit hati hingga aksi mendebarkan, seleksi drama Mei 2025 akan menceriakan hari-hari anda.
Well, ada 8 drama Korea terbaru menanti untuk tontonan korang sepanjang Mei ini dan drama-drama tersebut akan bersiaran dipelbagai platform. So, let’s check it out the list.
1. Spring of Youth
- Tarikh Tayangan: 6 Mei 2025
- Penyiar: SBS
- Barisan Pelakon: Ha Yoo-Joon, Park Ji-Hu, Lee Seung-Hyub
Berlatarbelakangkan impian anak muda dan persaingan sengit, Spring of Youth menggabungkan tema cinta, perkembangan diri, dan muzik dengan begitu indah.
Drama ini mengisahkan Sa-Gye (Ha Yoo-Joon), seorang bintang K-pop yang terpaksa melanjutkan pengajian di universiti selepas terlibat dalam skandal mengejut. Di sana, dia bertemu Kim Bom (Park Ji-Hu), seorang pemuzik berbakat tetapi pendiam yang menyimpan kisah silam yang menyakitkan. Bersama, mereka membentuk kumpulan muzik campuran dan secara perlahan-lahan jatuh cinta, sekali gus menghidupkan semula semangat mereka terhadap muzik.
Namun, hubungan mereka diuji dengan kehadiran Seo Tae-Yang (Lee Seung-Hyub), pelajar perubatan dan pemain gitar yang berbakat, yang menjadi saingan Sa-Gye dalam muzik dan cinta.
2. Second Shot at Love
- Tarikh Tayangan: 12 Mei 2025
- Penyiar: tvn Asia – Astro Ch 395 & Astro Go, unifi TV Ch211 & unifi play TV | Setiap Selasa & Rabu, 9.15PM
- Barisan Pelakon: Gong Myung, Sooyoung
Komedi romantik ini mengisahkan Han Geum-Joo (Sooyoung), seorang mekanik kereta berbakat yang berusaha untuk mengatasi ketagihan alkohol. Dia bertemu dengan Seo Eui-Jun (Gong Myung), seorang doktor kesihatan awam yang tegas dengan pendirian anti-alkohol. Perbezaan personaliti mereka mencipta ketegangan dan kimia yang kuat, membuka jalan untuk perkembangan diri dan romansa yang tidak dijangka.
Dengan ahli keluarga yang unik dan momen yang menyentuh hati, drama ini mengimbangi dengan baik unsur komedi, romantik, dan cabaran kehidupan sebenar.
3. Tastefully Yours
- Tarikh Tayangan: 12 Mei 2025
- Penyiar: ENA, Genie TV | Netflix
- Barisan Pelakon: Kang Ha Neul, Go Min Si, Kim Shin Rok, Yoo Soo Bin, Hong Hwa Yeon
Dalam Tastefully Yours, Han Beom-Woo (Kang Ha-Neul), pemilik restoran mewah yang tidak kisah tentang rasa, bekerjasama dengan Mo Yeon-Joo (Go Min-Si), seorang cef dari luar bandar, untuk mengendalikan restoran kecil di Jeonju. Perbezaan mereka tentang seni masakan membawa kepada konflik dan juga ikatan yang semakin rapat, dengan banyak momen lucu dan menyentuh hati.
4. Shark: The Storm
- Tarikh Tayangan: 15 Mei 2025
- Penyiar: TVING
- Barisan Pelakon: Kim Min Seok, Lee Hyun Wook
Shark: The Storm merupakan siri lanjutan kepada filem original TVING Shark: The Beginning, yang asalnya dikeluarkan pada tahun 2021. Berdasarkan webtoon yang popular, siri ini mengisahkan Cha Woo Sol (Kim Min Seok), seorang lelaki yang dibebaskan dari penjara dan berazam untuk menjadi seorang pejuang seni mempertahankan diri campuran profesional. Namun, apabila dia mula meraih semula kehidupannya, Woo Sol terpaksa berhadapan dengan musuh baru yang kejam, Hyun Woo Yong (Lee Hyun Wook), dalam sebuah perjuangan sengit untuk bertahan hidup. Tidak lagi hanya berjuang demi hidup, Woo Sol kini bangkit untuk melindungi orang-orang yang dia sayangi.
5. Dear Hongrang
- Tarikh Tayangan: 16 Mei 2025
- Penyiar: Netflix
- Barisan Pelakon: Lee Jae Wook, Jo Bo Ah, Jung Ga Ram, Uhm Ji Won, Park Byung Eun
Berlatarbelakangkan era Joseon, Dear Hongrang mengisahkan perjalanan Hong-Rang (Lee Jae-Wook), anak seorang saudagar yang hilang pada usia lapan tahun dan kembali selepas dua belas tahun tanpa sebarang ingatan tentang masa lalunya. Adik tiri beliau, Jae-Yi (Jo Bo-Ah), bertekad untuk menyelidik dan mengungkapkan kebenaran di sebalik kehilangan serta identiti Hong-Rang. Usahanya membawanya kepada penemuan rahsia keluarga yang rumit dan pergolakan kuasa yang melibatkan mereka.
Lee Jae-Wook memegang watak Hong-Rang, seorang lelaki misteri yang kembali ke keluarganya selepas kehilangan ingatan selama satu dekad. Sementara itu, sahabat lamanya, Jae-Yi yang dibintangi oleh Jo Bo-Ah, tidak pernah berputus asa dalam usahanya untuk mencari kebenaran tentang kehilangannya.
6. Nine Puzzles
- Tarikh Tayangan: 20 Mei 2025
- Penyiar: Disney+ Hotstar
- Barisan Pelakon: Kim Da Mi, Son Suk Ku
Nine Puzzles mengisahkan Yi-Na (Kim Da-Mi), seorang profiler jenayah yang masih terbayang dengan pembunuhan pakciknya yang belum selesai, di mana dia pernah menjadi suspek. Sepuluh tahun kemudian, dia bergabung dengan Han-Saem (Son Suk-Ku), detektif yang dahulu menuduhnya, untuk mencari kebenaran. Penyiasatan mereka membawa mereka ke dalam pelbagai rahsia dan penipuan.
7. Our Unwritten Seoul
- Tarikh Tayangan: 24 Mei 2025
- Penyiar: tvN | Netflix
- Barisan Pelakon: Park Bo Young, Park Jin Young, Ryu Kyung Soo, Lee Jae In
Our Unwritten Seoul mengisahkan tentang pasangan kembar, Yoo Mi-Ji dan Yoo Mi-Rae, yang kedua-duanya dilakonkan oleh Park Bo-Young. Walaupun mereka kelihatan serupa, kehidupan mereka sangat berbeza. Mi-Ji, yang lebih muda, pernah menjadi atlet yang berbakat tetapi kini menjalani kehidupan bebas dengan pelbagai kerja sambilan. Sebaliknya, Mi-Rae, yang lebih tua, seorang perfectionist yang telah berjaya dalam dunia korporat. Kedua-dua mereka tidak berpuas hati dengan kehidupan masing-masing dan memutuskan untuk menukar identiti. Sepanjang mereka meneroka dunia masing-masing, mereka menghadapi cabaran baru yang memaksa mereka untuk menilai semula pandangan hidup, cinta, dan kebahagiaan.
8. Labor Attorney Noh Moo-Jin
- Tarikh Tayangan: 30 Mei 2025
- Penyiar: MBC
- Barisan Pelakon: Jung Kyung Ho, Seol In A, Cha Hak Yeon
Dalam drama fantasi aksi-komedi ini, Noh Moo-Jin (Jung Kyung-Ho) adalah seorang peguam buruh yang boleh melihat hantu-hantu yang meminta bantuannya untuk menyelesaikan masalah pekerjaan mereka yang belum selesai. Pada mulanya, Moo-Jin tidak peduli, tetapi pertemuannya dengan roh-roh ini mengubah hidupnya dan membawanya kepada perubahan diri yang besar.
9. Good Boy
- Tarikh Tayangan: 31 Mei 2025
- Penyiar: JTBC | Prime Video Malaysia
- Barisan Pelakon: Park Bo Gum, Kim So Hyun, Lee Sang Yi. Heo Sung Tae, Tae Won Seok
“Good Boy” ialah drama komik penuh aksi yang mengisahkan sekumpulan pemenang pingat Olimpik yang menghadapi masalah kewangan, kecederaan, dan kerjaya yang terhad. Mereka memutuskan untuk menjadi pegawai polis khas dan membentuk pasukan “Olympics Avengers”. Dengan menggunakan kemahiran unik yang diperoleh semasa menjadi atlet, mereka berjuang untuk memerangi jenayah secara ganas.
Siri ini menggabungkan komedi, aksi, penyiasatan jenayah, dan sedikit unsur romansa. Drama ini menampilkan bekas atlet pemenang pingat yang kini berjuang dalam dunia penuh penjenayah, penuh dengan aksi mendebarkan dan gelak tawa.
Jadi, untuk peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini! Namun, perlu diingat bahawa setiap siaran drama ini mungkin tertakluk kepada sebarang perubahan oleh rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa mengemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, gais!