Kuala Lumpur, 13 Mac 2025 – GENBLUE, kumpulan gadis dinamik dari Taiwan, semakin mencuri perhatian dalam dunia K-pop dengan pelancaran EP Korea pertama mereka, ACT LIKE THAT. EP ini turut disertai dengan jelajah promosi di seluruh Asia, termasuk Malaysia.
Terdiri daripada XXIN, AYEON, YUAN, LILI, AYAKO, dan NICO, GENBLUE mencipta sejarah sebagai kumpulan gadis pertama dari Taiwan yang berjaya menembusi pasaran album fizikal di Korea. EP ini mengandungi empat lagu dengan variasi rentak dari yang rancak hingga melodi yang lebih lembut, iaitu ACT LIKE THAT, OH!, SLOW DOWN dan FEEL LIKE SPRING. Sejak dilancarkan, album ini telah tular dalam talian, terutama video muzik ACT LIKE THAT, yang menampilkan koreografi one-take serta memperlihatkan sisi berani tetapi ceria mereka.
Ditubuhkan di bawah label Taiwan, TEN Entertainment, GENBLUE mula meraih populariti menerusi rancangan realiti NEXT GIRLZ pada tahun 2023. Nama mereka, gabungan perkataan Generation dan Blue, melambangkan semangat era baharu serta keluasan lautan yang tidak berpenghujung.
Selepas menjalani latihan intensif bersama jurulatih ternama dari JYP, YG, SM, dan HYBE, GENBLUE membuat debut di Korea pada tahun 2024 dengan single COCOCO, diikuti dengan kemenangan K-POP Rookie Award di Korean Culture and Entertainment Awards. Mereka terus menyerlah di Korea melalui pelbagai aktiviti seperti persembahan muzik, acara tandatangan album, flash mob, kedai pop-up eksklusif serta kolaborasi foto booth. Untuk merakam EP ini, ahli kumpulan yang berbahasa Mandarin ini turut berusaha mempelajari bahasa Korea dan kini dalam proses meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris bagi berinteraksi lebih baik dengan peminat antarabangsa.
Ketua kumpulan, XXIN, berkongsi, “Album ini mencerminkan intipati sebenar GENBLUE, dan kami dedikasikan ia kepada peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi!”
GENBLUE juga memberi bayangan kemungkinan akan mengadakan acara istimewa untuk peminat sekiranya video muzik ACT LIKE THAT melebihi 30 juta tontonan. Peminat di Malaysia boleh membantu merealisasikannya dengan menekan butang play!
Profil Ahli Kumpulan:

- XXIN – Ketua kumpulan, penari utama, dan rapper utama. Pernah muncul dalam Youth With You Season 2 di China.
- AYEON – Satu-satunya ahli dari Korea Selatan, vokalis utama dan penari utama.
- YUAN – Vokalis utama yang ceria dan berbakat dalam penulisan lagu.
- LILI – Penari utama yang bergaya dan cool, sub-vokalis, serta rapper dengan lebih sejuta pengikut di TikTok.
- AYAKO – Separuh Jepun, seorang penghibur bertenaga dan penuh keceriaan.
- NICO – Ahli termuda dengan rupa manis tetapi cool serta hobi uniknya, iaitu sukan menembak.
Mini album GENBLUE – ACT LIKE THAT kini boleh didapati di K-MONSTAR. Tonton video muzik ACT LIKE THAT di bawah: