Lima drama Korea terbaru akan bersiaran sepanjang Oktober ini!

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

Oktober kembali menjengah gais! Macam biasa, kami kongsikan beberapa drama Korea terbaru yang akan bersiaran sepanjang bulan ini. Berbaki 2 bulan lebih lagi sebelum 2019 melabuhkan tirainya. So, dah berapa banyak drama korang tengok tahun ni ye?

Bulan Oktober ni, cuma ada 5 buah sahaja drama terbaru Korea yang mungkin akan menjadi kegemaran korang untuk ditonton. Apapun, let’s check it out drama-drama yang bakal jadi perhatian korang.

1. My Country (JTBC) 

JTBC “My Country” merupakan drama aksi bergenre sageuk bertumpukan pada zaman pemerintahan dinasti Goryeo yang terakhir, dan ia berkisarkan tentang kelompok manusia yang begitu dahagakan kuasa serta perlindungan sehingga berbunuhan sesama sendiri.

Yang Se Jong memegang watak sebagai Seo Hwi, yang merupakan seorang pahlawan, anak kepada jeneral terkemuka di Goryeo, Seo Geom. Kerana berpegang pada prinsip keadilan, hidupnya sentiasa berada dalam ketidaktentuan meskipun suka melemparkan senyuman. Manakala, Woo Do Hwan pula sebagai Nam Sun Ho, seorang yang bijak mengatur rancangan tapi lahir pada rahim dari golongan yang bukan bangsawan menyebabkan dia sukar untuk berdiri sama taraf dengan mereka. Kecewa dengan penyelewengan dilakukan oleh ayahnya, Nam Sun Ho terpaksa mengabaikan impiannya dan akhirnya berkonflik dengan Seo Hwi atas salah faham.

Seolhyun pula akan menjadi orang tengah dalam cinta tiga segi antara Nam Sunho dan Seo Hwi sebagai Han Hee Jae. Tidak dipastikan apakah hubungan Han Hee Jae, Seo Hwi, dan Nam Sunho dengan Lee Bang Won tetapi mereka bertiga mungkin dipergunakan Lee Bang Won bagi merealisasikan impiannya membentuk gerakan menjatuhkan kerajaan Goryeo terakhir tersebut.

Jang Hyuk membawakan watak Lee Bang Won, anak kepada bakal maharaja pertama dinasti Joseon, yang telah dibuangkan kerakyatannya dan menjadi pengutip cukai terkemuka. Dia berharap untuk menjadi pengganti ayahnya namun sebaliknya adik tirinya dipilih oleh ayah sendiri.

jtbc “My Country” akan diarahkan oleh Kim Jin Won, yang pernah mengarahkan drama “Just Between Lovers” dan skripnya ditulis oleh Chae Seung Dae, yang sebelum ini menghasilkan skrip “Master: God of Mood.” Drama ini akan disiarkan menerusi rangkaian JTBC mulai 4 Oktober ini bagi mengisi slot drama Isnin – Selasa.

2. the lies within (OCN) 

“The Lies Within” adalah sebuah drama terbaru OCN yang bertemakan thriller, misteri dan penyiasatan. Drama ini mengisahkan seorang wanita yang kehilangan suami selepas kematian ayahnya secara misteri. Dia kemudiannya menjadi wakil rakyat dan mewujudkan sabuah pasukan penyiasatan bersama seorang detektif untuk membongkarkan kebenaran. Kedua-dua watak ini akan saling bekerjasama untuk memecahkan tradisi ‘pandai makan, pandai simpan’ sesetengah mereka demi melindungi kepentingan sendiri.

Lee Min Ki akan membawakan watak seorang detektif bernama Jo Tae Sik, yang digambarkan seorang yang dingin namun sebenarnya dia seorang yang berani dan baik hati.  Jo Tae Sik seorang yang berkemahiran dan bersemangat waja. Namun, dia kemudian memilih kehidupan yang berbeza apabila memohon pertukaran untuk berkhidmat disebuah balai polis yang terletak dipedalaman. Dalam menjalani kehidupan yang jauh dari kesibukan, Jo Tae Sik telah ditugaskan untuk menyiasat satu kemalangan yang melibatkan Ahli Parlimen Kim Seung Chun, ayah kepada Kim Seo Hee (lakonan Lee Yoo Young) dan dengan pantas dia mendapati ianya bukanlah kemalangan yang biasa.

Lee Yoo Young pula membawakan watak Kim Seo Hee, anak bongsu Ahli Dewan Negara Kim Seung Chul. Kim Seo Hee merupakan anak kesayangan ayahnya serta sudahpun berkahwin atas dasar keputusan keluarga dan perkembangan perniagaan. Apabila ayahnya meninggalkan dan suaminya hilang. Kim Seo Hee memasuki politik dan bergelar Ahli Parlimen untuk mencari kebenaran disebalik perkara yang terjadi.

Mampukah Jo Tae Sik membantu Kim Seo Hee dalam mengharungi perit getir dunia politik demi membongkarkan kebenaran? Drama ini mendapat sutradara wanita sebagai pengarahnya iaitu Lee Yoon Jung yang pernah mengarahkan drama seperti MBC “Coffee Prince”, tvN “Cheese In The Trap” dan tvN “Argon”. Skripnya pula  ditulis oleh Jeon Young Shin dan Won Yu Jung. “The Lies Within” akan menggantikan drama “Strangers From Hell” mulai 12 Oktober, setiap Rabu dan Khamis menerusi rangkaian TV kabel OCN.

3. Leverage (TV Chosun)

“Leverage” merupakah sebuah karya adaptasi dari siri TNT Amerika Syarikat yang mengisahkan seorang bekas penyiasat insurans yang akhirnya bertukar menjadi raja penipu dan membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada penipu serta menyasarkan golongan kaya dan korup.

Lee Dong Gun akan membawakan watak Lee Tae Joon, ketua bagi kumpulan penipu (con artists) yang dibentuknya. Lee Tae Joon pernah dikenali sebagai “Grim Reaper” (malaikat maut) dikalangan penipu kerana berjaya menepis setiap helah yang digunakan para penipu dengan kemahirannya yang cemerlang. Namun, selepas terlibat dengan satu insiden, dia berubah dan mula menghimpunkan para penipu yang terbaik dikalangan mereka yang pernah gagal menipunya untuk menggulingkan penjenayah sebenar dan membuktikan keadilan masih wujud.

Jeon Hye Bin pula sebagai Hwang Soo Kyung, seorang pelakon yang tidak berbakat. Sungguhpun begitu, dia merupakan pelakon penipu terbaik dalam dunia scammer dan fasih dalam empat bahasa berbeza. Hubungannya dengan Lee Tae Joon akan buat penonton ingin mengetahui kebenarannya.

Kim Sae Ron sebagai Go Na Byul, bekas fencer negara dan kini seorang penipu kelas atasan yang berkemahiran dalam membuka pintu dan pintu keselamatan yang berkunci, selain sangat tangkas, bersemangat dan penuh fleksibiliti. Kim Kwon pula sebagai Roy Ryu seorang pakar keselamatan dan seorang pejuang yang mana kekuatannya menjadikan dia menjadi senjata manusia. Yeo Hoe Hyun akan melakonkan watak Jung Ui Sung, orang kuat berkaitan dunia teknologi.

Drama ini sedikit sebanyak mengingatkan kepada drama tvN “Player”, di mana mereka juga membentuk kumpulan penipu elit untuk membongkar kebenaran dikalangan golongan atasan.  Apa akan terjadi kepada kumpulan penipu ini? Mampukah mereka menyedarkan golongan atasan? “Leverage” akan mula bersiaran pada 13 Oktober menerusi kabel TV Chosun.

4. Catch the Ghost / Catch Yoo Ryung (tvN) 

tvN ‘Catch the Ghost’ berkisarkan tentang polis ‘intern’ yang selalu cuai dalam menjalankan tugas, iaitu Yoo Ryung tapi tetap dilindungi baik oleh ketua jabatan polis di tempat kerjanya, balai polis Wangshimni kerana percaya Yoo Ryung mempunyai asas kuat untuk menyelesaikan kes-kes kriminal dengan kemahirannya sendiri. Moon Geun Young sebagai Yoo Ryung, seorang yang mempunyai kuasa psikik kerana boleh mengagak sesuatu yang bahaya menanti. Yoo Ryung memiliki seorang adik yang mengalami autism, dan kehilangannya telah memaksa Yoo Ryung untuk mencarinya dengan begitu tekad.

Yoo Ryung akan bekerjasama dengan polis detektif senior Go Ji Seok, lakonan Kim Sun Ho. Go Ji Seok merupakan seorang detektif yang telah tiga tahun berkhidmat dengan jabatan polis Wangshimni, mula bangkit semula setelah melihat begitu terujanya Yoo Ryung mengendalikan tugasnya. Sebelum ini, dia ketinggalan kerana asyik dihimpit dengan kesusahan menjaga ibu yang mengalami penyakit nyanyuk dan selalu berhadapan dengan SOP yang menyusahkan supaya dapat menangkap pesalah dengan segera.

Turut membintangi drama ini adalah Jung Yoo Jin sebagai Ha Ma Ri, seorang ketua pasukan unit penyiasat, Ki Do Hoon sebagai Kim Woo Hyeok yang merupakan seorang detektif dan rakan sepasukan Ha Ma Ri, Jo Jae Yun sebagai Lee Man Jin, telah bekerja sebagai petugas polisi kereta bawah tanah selama 17 tahun dan Ahn Seung Kyoon sebagai Kang Soo Ho
seorang detektif yang baru setahun bekerja.

“Catch The Ghost”  ini merupakan projek di bawah arahan PD Shin Yoon Seob (“SBS Rooftop Prince”,”SBS Please, Come Back Mister”) dan karangan penulis skrip So Won dan Lee Young Jo. Drama ini akan mula bersiaran menerusi rangkaian tvN pada 21 Oktober depan bagi mengisi slot Isnin dan Selasa.

5. VIP (SBS)

“VIP”  adalah sebuah drama bertemakan misteri dan berlatar-belakangkan urusan pejabat. Ia mengisahkan sekumpulan pasukan yang menguruskan pelanggan VIP dan menyimpan segala rahsia berkaitan mereka yang berurusan disebuah department store. Selain itu, drama ini turut menceritakan tentang bangkitnya seorang pekerja wanita yang berdepan dengan kesulitan hidup ditempat kerja dan kehidupan peribadinya.

Jang Nara membawakan watak Na Jung Sun, yang telah mengahwini ketua pasukan ditempat kerjanya Park Sung Joon (lakonan Lee Sang Yoon). Apabila berdepan dengan insiden yang tidak diduga, Na Jung Sun mendapati hidupnya jadi kacau bilau.

Lee Sang Yoon pula memegang watak Park Sung Joon, seorang yang digambarkan berbakat, berhemah dan bercita-cita tinggi. Pastinya penonton ingin melihat keserasian gandingan kedua pelakon ini.

Selain Jang Na Ra dan Lee Sang Yoon, drama ini juga akan dibintangi oleh Lee Chung Ah, Kwak Sun Young, Pyo Ye Jin, Jung Joon Won, Shin Jae Ha, dan Lee Jae Won.

“VIP” akan memulakan tayangannya di Astro ONE TV Asia, (ONE HD) Ch 393 pada 29 Oktober depan bagi mengisi slot drama Selasa-Rabu, jam 8.10 malam.

Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Buat peminat Kdrama, selamat menonton ya!

 

loading...