‘A Shop for Killers’ secara rasmi akan kembali dengan Musim Kedua.
Pada 31 Disember, laporan eksklusif oleh Star News mengesahkan bahawa siri asal Disney+ Hotstar, ‘A Shop for Killers’, akan memulakan penggambaran musim kedua yang dinanti-nantikan pada April 2025.
Tayangan perdananya pada Januari 2024 telah memukau penonton global dengan aksi bergaya arus baru dan kisah survival yang mendebarkan. Siri ini mengisahkan Jung Ji An (lakonan Kim Hye Jun), yang menjadi sasaran pembunuh berbahaya setelah mewarisi legasi penuh risiko daripada bapa saudaranya, Jung Jin Man (lakonan Lee Dong Wook). Drama ini diadaptasi daripada novel bertajuk sama karya Kang Ji Young.
Kejayaan siri ini sejurus selepas pelancarannya telah mencetuskan spekulasi mengenai musim kedua. Pada bulan Mac, pengarah Lee Kwon yang mengarahkan Musim Pertama, pernah menyatakan di acara ‘2024 Disney+ Content Lineup Media Day’, “Kami sedang merancang Musim Kedua, tetapi ia mencabar. Saya belum pasti cerita apa yang ingin disampaikan atau cara terbaik untuk melakukannya.”
Kini, dengan produksi telah disahkan, penggambaran akan bermula pada April 2025. Musim Pertama menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Seo Hyun Woo, Jo Han Sun, Park Ji Bin, Keum Hae Na, Lee Tae Young, dan Kim Min.
Pada yang belum menonton, siri ini tersedia di Disney+ Hotstar untuk tontonan anda.
Sumber: 1