Rasai kehebatan single terbaru dari THE RAMPAGE dari EXILE TRIBE ‘Endless Happy-Ending’

Peminat Boleh Nikmati ‘Endless Happy-Ending’ Bersama THE RAMPAGE dari EXILE TRIBE Single Terbaru Mereka

THE RAMPAGE dari EXILE TRIBE secara rasmi melancarkan single ketiga mereka untuk tahun 2024, ‘Endless Happy-Ending,’ yang kini boleh distrim dan dimuat turun di semua platform utama.

Selepas kejayaan besar single ’24karats GOLD GENESIS’ yang menduduki carta teratas Billboard JAPAN Hot 100 dan Carta Oricon, THE RAMPAGE kembali dengan satu lagi lagu hebat melalui ‘Endless Happy-Ending.’ Single ini adalah sebuah lagu rock yang penuh kuasa dengan mesej “Biarkan kisah yang tiada penghujung bermula,” disampaikan melalui vokal bertenaga dan dramatik dari THE RAMPAGE.

Single ini juga akan menjadi lagu tema pembukaan untuk anime popular “FAIRY TAIL: 100 Year Quest,” yang melengkapkan tema siri tersebut yang berkisar tentang pengembaraan, persahabatan, dan ketabahan.

CD fizikal “Endless Happy-Ending” akan tersedia pada 30 Oktober. Nantikan lebih banyak kemas kini dari THE RAMPAGE! Sebelum itu jom saksikan muzik video lagu terbaru mereka.

Tentang THE RAMPAGE dari EXILE TRIBE

THE RAMPAGE dari EXILE TRIBE ialah kumpulan 16 anggota yang unik dan terkenal dalam keluarga EXILE TRIBE di bawah LDH JAPAN. Ditubuhkan pada tahun 2014, kumpulan ini dibentuk daripada anggota yang terpilih melalui tiga uji bakat penting: “EXILE PERFORMER BATTLE AUDITION,” “VOCAL BATTLE AUDITION 4” untuk penyanyi berbakat, dan “GLOBAL JAPAN CHALLENGE” bagi mereka yang bercita-cita antarabangsa. Mereka menggabungkan pelbagai bakat dalam persembahan, vokal, dan harapan antarabangsa, mempersembahkan rutin tarian berenergi tinggi dan muzik yang catchy.

Mula debut dengan lagu “Lightning,” setakat ini, THE RAMPAGE telah merilis 11 single dan 5 album. Antara lagu popular mereka yang mendapat perhatian besar serta menjadi kegemaran ramai, yang turut membantu meningkatkan populariti kumpulan di Jepun dan luar negara, termasuklah “Fanfare,” “Dirty Disco” (2015), “HORIZON,” “FANDANGO,” “HEATWAVE,” “24karats GOLD GENESIS,” dan “Endless Happy-Ending.”

Kemahiran mereka tidak terhad kepada muzik sahaja; anggota kumpulan juga berlakon dalam filem popular dan mempunyai sub-unit, MA55IVE THE RAMPAGE, yang memfokuskan kepada hip-hop. Dedikasi mereka telah dibalas dengan pelbagai anugerah di Jepun dan Asia, termasuk ‘MTV Video Music Awards Japan 2021 – Best Latin Video’ untuk lagu “HEATWAVE” dan ‘Asia Artist Awards 2022 – Best Artist (Singer) Awards.

Terbaru, THE RAMPAGE tidak hanya mempersembahkan diri mereka di Asia Star Entertainer Awards (ASEA 2024) yang diadakan di Yokohama, Jepun pada 10 April 2024, tetapi juga meraih anugerah “ASEA THE BEST STAR JAPAN.”

Kumpulan ini memulakan langkah mereka di Thailand dengan persembahan di acara besar seperti NIPPON HAKU 2023 dan festival muzik PEPSI BIG MOUNTAIN yang megah. Mereka juga baru-baru ini mengadakan konsert peminat pertama mereka di Seoul, Korea Selatan, membuktikan bahawa populariti mereka semakin meluas. Dari April 2024, kumpulan ini akan mengadakan jelajah arena “THE RAMPAGE LIVE TOUR 2024 ‘CyberHelix’ RX-16”.

Ini baru permulaan, dan THE RAMPAGE yang dianggotai oleh Likiya, Zin, Riku, Kenta Kamiya, Rui Yonamine, Shogo Yamamoto, Kazuma Kawamura, Hokuto Yoshino, Shogo Iwaya, Shohei Urakawa, Itsuki Fujiwara, Kaisei Takechi, Makoto Hasegawa, Ryu, Takahide Suzuki, Takuma Goto sudah bersiap sedia untuk memikat hati peminat di seluruh dunia!

Peminat boleh mendapatkan informasi dan perkembangan terkini berkaitan THE RAMPAGE melalui media sosial mereka.

loading...