Kim Soo Hyun sertai Pesta Muzik CUCKOOTOPIA sempena ulang tahun ke-10 CUCKOO International pada 16 November ini

Kim Soo Hyun sertai CUCKOO International dalam sambutan ulang tahun ke-10 yang besar-besaran di Pesta Muzik CUCKOOTOPIA, bersama barisan artis terkemuka termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Phei Yong, dan ramai lagi!

Tahun ini, CUCKOO International meraikan pencapaian tahun ke-10 dalam usaha mencipta kediaman yang lebih sihat dan menginspirasikan rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier. Untuk menyambut pencapaian ini, mereka akan membawa pelakon Korea terkenal, Kim Soo-Hyun, ke pesta sambutan ulang tahun mereka yang terbesar dan berbilang bahasa iaitu Pesta Muzik CUCKOOTOPIA untuk menyambut #SAMASAMA dan menjadikan acara tersebut benar-benar tak dapat dilupakan untuk semua rakyat Malaysia.

Bakal berlangsung pada 16 November 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon, CUCKOOTOPIA adalah sebuah pesta muzik yang dianjurkan oleh CUCKOO International sebagai tanda penghargaan kepada semua atas sokongan padu mereka sepanjang sedekad yang lalu. Kim Soo-Hyun, yang terkenal dengan lakonannya dalam pelbagai drama popular termasuk “Queen of Tears” baru-baru ini, akan membuat penampilan khas di Pesta Muzik CUCKOOTOPIA untuk menyokong misi CUCKOO dalam menggalakkan lebih ramai orang mengamalkan gaya hidup lebih sihat, dan mendorong mereka menjadi Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator).

En. Hoe Kian Choon (KC Hoe), Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, menyatakan keterujaannya terhadap pesta muzik tersebut, “Dekad yang lepas adalah sangat luar biasa, dan kami rasa terhutang budi kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong kami. Pesta Muzik CUCKOOTOPIA adalah cara kami untuk membalas kesetiaan dan penghargaan yang diberikan oleh pelanggan dan peminat kami selama bertahun-tahun. Kami telah menyusun khas barisan artis berbilang bahasa dengan teliti agar semua orang dapat menikmati sambutan dan persembahan yang disediakan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua dan berharap anda semua akan berseronok di Pesta Muzik CUCKOOTOPIA!”

Pengunjung pesta ini akan menikmati sambutan terbesar yang pernah dianjurkan oleh Syarikat ini, dengan lebih dari 18,000 orang yang dijangka hadir. Pesta ini akan menampilkan barisan artis yang hebat dari pelbagai latar belakang, termasuklah Duta Jenama CUCKOO Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, dan Phei Yong, bersama artis popular seperti 3P, 蔡恩雨Priscilla Abby, Siti Nordiana, Joe Flizzow, Tomok, DOLLA, 菲道尔 Firdhaus, dan Bunkface. Sambutan besar-besaran ini mencerminkan kemajuan pesat Syarikat sepanjang dekad yang lalu serta komitmennya untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. 

Bagi sesiapa yang berminat, ticket Pesta Muzik CUCKOO boleh dimenangi melalui cara-cara berikut:

  1. Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’: Beli atau sewa produk CUCKOO yang layak untuk mendapat peluang memenangi tiket percuma. Tambahan pula, pelanggan yang layak juga akan berpeluang untuk memenangi sebuah unit apartmen servis di Kondominium EXSIM D’TERRA atau produk CUCKOO yang lain.
  2. Permainan GrabbyBara: Main permainan yang seronok dan percuma dari CUCKOO di sini, sehingga 11 November 2024. Peserta boleh mencuba meraih markah tertinggi untuk peluang memenangi tiket!
  3. Peraduan Snap to Win: Orang ramai dijemput untuk mengambil gambar kreatif di paparan ulang tahun istimewa CUCKOO, sebuah Belon Topi Hari Jadi Gergasi di atas kapal terbang CUCKOO di Terminal Sekinchan, sehingga 30 Oktober 2024 dan sebuah Belon Penapis Air Gergasi di LG2, Blue Concourse di Sunway Pyramid dari 26 Oktober hingga 7 November, untuk peluang memenangi sepasang tiket.
  4. CUCKOO Carnival: Kunjungi CUCKOO Carnival di Central i-City, Shah Alam dari 6 – 10 November 2024 untuk tawaran dan hadiah yang tiada tandingan, termasuk tiket ke Pesta Muzik CUCKOOTOPIA.
  5. Hadiah dari Rakan Media Rasmi: Rakan media rasmi Pesta Muzik CUCKOOTOPIA, termasuk Astro dan stesen radio ERA, MY HITZ, dan GOXUAN, juga akan memberi tiket ke Pesta Muzik CUCKOOTOPIA kepada pendengar mereka. Pastikan  anda mengikuti khabar terkini dari media sosial mereka untuk berpeluang memenangi tiket.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif lain yang juga sebahagian dari sambutan ulang tahun ke-10 CUCKOO International, termasuk aktiviti yang boleh memberikan peluang untuk memenangi tiket ke Pesta Muzik CUCKOOTOPIA, sila kunjungi https://www.cuckoo.com.my/10th-anniversary atau berhubunglah dengan CUCKOO di media sosial (Instagram: @cuckoo_official | Facebook: @CUCKOOInternational).