Tonton 8 lagi drama Korea terbaru dan menarik sepanjang Oktober ini

Annyeong, chinguyaa~~  As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang dan ini adalah barisan drama Korea yang akan meneruskan tayangannya untuk tahun 2024.

Well, sepanjang Oktober 2024 ini, ada 8 drama Korea terbaru menanti untuk tontonan korang dan drama-drama ini akan bersiaran dipelbagai platform. So, let’s check it out the list.

1. Spice Up Our Love

  • Tarikh Tayangan: 3 Oktober 2024
  • Penyiar:  TVING | Prime Video Malaysia
  • Barisan Pelakon: Lee Sang Yi, Han Ji Hyun

“Spice Up Our Love” adalah sebuah drama percintaan fantasi tentang Nam Ja Yeon (Han Ji Hyun), seorang penulis novel web R-rated yang panas, yang secara tidak disangka mendapati dirinya terperangkap dalam ceritanya sendiri sebagai watak utama wanita, Seo Yeon Seo. Dia segera terlibat dalam kisah cinta yang tidak dapat diramalkan dengan protagonis lelaki novelnya, Kang Ha Joon (Lee Sang Yi).

“Spice Up Our Love” adalah tajuk novel web Nam Ja Yeon dalam siri asal “No Gain No Love,” dan spin-off ini akan banyak berlatarkan dunia novel tersebut.

2. My Merry Marriage (Drama harian)

  • Tarikh Tayangan: 7 Oktober 2024
  • Penyiar:  KBS1
  • Barisan Pelakon: Park Ha Na, Park Sang Nam, Lee Yeon Do, Kim Sa Kwon

Diterajui oleh Park Ha Na dan Park Sang Nam, serta beberapa pelakon lain, drama keluarga yang menawan ini meneroka intipati sebenar ‘kebahagiaan’ dengan menyelami pelbagai aspek perkahwinan, termasuk perceraian, perkahwinan semula, dan kehidupan bujang, sambil membangkitkan empati dan tawa di kalangan semua peringkat umur.

Maeng Gong Hee (Park Ha Na) bekerja sebagai pereka kontrak di Jayce Fashion. Dia mencerminkan semangat teguh ibunya yang kuat dan kehebatan atletik bapanya yang merupakan bekas detektif, menjadikannya seorang wanita yang unik dan berani yang boleh bertahan walaupun di pulau yang terpencil.

Gu Dan Soo (Park Sang Nam), cucu kepada Pengerusi Jayce Fashion Hwang Ik Seon, mempunyai ayah yang kaya dan ibu yang kurang mampu. Setelah menjalani kehidupan yang bebas di luar negara, dia kembali ke Korea atas desakan neneknya untuk mempersiapkannya sebagai pengganti pengerusi, yang membawa kepada pertemuan semula yang penuh emosi dengan rakan kanak-kanaknya, Maeng Gong Hee.

3. Family by Choice

  • Tarikh Tayangan: 9 Oktober 2024
  • Penyiar: JTBC | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Hwang In Yeop, Jung Chae Yeon, Bae Hyun Sung

“Family By Choice” adalah remake drama Cina yang terkenal, ‘Go Ahead. Drama ini memfokuskan kepada kisah tiga orang sahabat yang sangat rapat seperti keluarga.

“Family by Choice” ialah kisah percintaan yang terungkap apabila tiga orang, yang tidak mempunyai pertalian darah tetapi menghabiskan masa remaja mereka bersama-sama dan menegaskan bahawa mereka adalah keluarga. Selepas berpisah untuk mencapai impian masing-masing, mereka bersatu semula selepas 10 tahun. Emosi memuncak apabila mereka mengenang cinta pertama mereka, yang mereka hargai tetapi tidak pernah mengaku secara terbuka.

Hwang In Yeop akan melakonkan watak Kim San Ha yang kacak dan tidak nampak kekurangan apa-apa. Selepas membesar dengan Yoon Joo Won (Jung Chaeyeon) dan Kang Hae Joon (Bae Hyun Sung) seperti adik-beradik, Kim San Ha meninggalkan mereka dan kembali menemui mereka selepas 10 tahun.

Choi Won Young akan melakonkan watak bapa Yoon Joo Won, Yoon Jung Jae, manakala Choi Moo Sung akan memainkan watak bapa Kim San Ha, Kim Dae Wook. Kedua-dua watak yang sedang membesarkan anak-anak mereka akan menunjukkan keharmonian yang sempurna, mengingatkan kita kepada pasangan yang telah berkahwin selama 10 tahun.

4. Dongjae, the Good or the Bastard

  • Tarikh Tayangan: 10 Oktober 2024
  • Penyiar:  tvN Asia Astro Ch 395 & Astro Go, unifi TV Ch211 & unifi playTV & Tonton |
  • Setiap Khamis -Jumaat. 8.15 PM MYT
  • Barisan Pelakon: Lee Jun Hyuk, Park Sung Woong

Dalam spin-off “Forest of Secret” iaitu “Dongjae: The Good or the Bastard,” Lee Jun Hyuk mengulangi wataknya sebagai Seo Dong Jae. Siri ini memberi tumpuan kepada cabaran yang dihadapi Dong Jae sebagai pendakwa di Pejabat Pendakwaan Daerah Cheongju, di mana dia bergelut dengan reputasi yang tercemar akibat korupsi di masa lalu. Seo Dong Jae akan berhadapan dengan Nam Wan Sung (Park Sung Woong), CEO Lee Hong Construction. Konflik yang sengit dan mendebarkan antara mereka membongkar kesilapan lampau dan menambah elemen keseronokan dalam jalan cerita.

5. Doubt

  • Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2024
  • Penyiar:  MBC | Netflix |
  • Penyiar: ONE TV Asia Astro Ch393 & Astro Go , Setiap Sabtu – Ahad, 8.30 Malam MYT bermula 12 Oktober
  • Barisan Pelakon: Han Suk-Kyu, Chae Won-Bin, Han Ye Ri, Oh Jun Soo

“Doubt” merupakan sebuah thriller misteri yang menampilkan Han Suk-Kyu sebagai profiler Jang Tae-Soo. Siri ini mengisahkan penyiasatan pembunuhan seorang gadis remaja, dengan Chae Won-Bin berperanan sebagai anak perempuannya, Jang Ha-Bin. Drama ini menyelami ketegangan psikologi yang timbul antara bapa dan anak perempuan ketika Jang Tae-Soo menyiasat kes pembunuhan, dia menyedari bahawa anak perempuannya terlibat dalam kes tersebut. Penemuan ini menggoyahkan seluruh keyakinannya dalam profesion dan hubungan dengan anak perempuannya. Untuk melindungi anaknya, Jang Tae Su berjuang untuk mendedahkan kebenaran.

‘ Doubt” dijangka dapat memikat penonton, drama ini menampilkan watak-watak yang kompleks, kedalaman psikologi, serta plot yang penuh kejutan.

6. Jeongnyeon: The Star is Born

  • Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2024
  • Penyiar:  Disney+ Hotstar Malaysia
  • Barisan Pelakon: Kim Tae Ri, Shin Ye Eun, Jung Eun Chae, Ra Mi Ran, Kim Yoon Hye

Berdasarkan webtoon yang popular, drama akan datang ini diarahkan oleh Jung Ji In, yang terkenal dengan “The Red Sleeve.” Berlatarbelakangkan tahun 1950-an, tidak lama selepas Perang Korea, siri ini mengikuti Jeong Nyeon (Kim Tae Ri), seorang bintang muda vokal yang bercita-cita untuk menjadi pelakon teater tradisional yang terkemuka.

Ianya bermula apabila Yoon Jeong Nyeon menyaksikan persembahan oleh Perusahaan Teater Gukguek Wanita Maeran yang diketuai oleh Pengarah Kang So Bok. Syarikat teater itu datang ke Mokpo dari Seoul dalam lawatan nasional mereka. Melihat persembahan mereka, Yoon Jeong Nyeon mendapat inspirasi untuk merealisasikan impiannya. Dia secara rahsia menyusup masuk ke dalam ruang bagasi Perusahaan Teater Gukguek Wanita Maeran dan tidak lama kemudian menjadi pelatih di syarikat teater itu di Seoul. Di sana, dia bertemu dengan Heo Young Seo, seorang pelatih yang juga cemerlang dalam menyanyi, menari, dan berlakon. Seiring berjalannya waktu, Yoon Jeong Nyeon dan Heo Young Seo menjadi saingan antara satu sama lain dan bagaimana mereka berkembang untuk mencapai impian mereka.

7. A Virtuous Business

  • Tarikh Tayangan: 12 Oktober 2024
  • Penyiar:  JTBC | Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim So Yeon, Kim Sun Young, Kim Sung Ryung, Lee Se Hee

Berlatarbelakangkan awal tahun 1990-an, “A Virtuous Business” memberi tumpuan kepada kehidupan empat wanita di kampung luar bandar Geumje. Ia mengisahkan Han Jung-Sook (Kim So-Yeon), seorang suri rumah yang bergelut, yang bergabung dengan tiga wanita lain—seorang ibu tunggal, seorang wanita bercerai, dan seorang gadis muda yang mencari kebebasan—untuk memulakan perniagaan jualan pintu ke pintu menjual produk dewasa. Walaupun menghadapi keraguan dan penilaian daripada komuniti mereka, wanita-wanita ini tetap bertahan, mengatasi pelbagai cabaran. Sepanjang perjalanan keusahawanan mereka, mereka bukan sahaja mencapai kebebasan kewangan tetapi juga membina ikatan persahabatan dan sokongan yang kukuh.

Siri ini memaparkan pertumbuhan peribadi mereka sambil menentang prejudis masyarakat dan merangkul kebebasan baru yang mereka peroleh.

8. Hellbound 2

 

  • Tarikh Tayangan: 25 Oktober 2024
  • Penyiar:  Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Sung Chul, Kim Hyun Joo, Kim Shin Rok

Berdasarkan webtoon popular dengan nama yang sama, Musim 1 “Hellbound” berlatarkan dunia di mana manusia berhadapan dengan fenomena ghaib yang menakutkan: utusan dari neraka muncul di bumi tanpa amaran dan menghukum orang ke neraka. Dalam “Hellbound 2,” plot menjadi lebih rumit apabila Min Hye Jin (Kim Hyun Joo), seorang peguam untuk Sodo, terjerat dengan Persatuan New Truth, kumpulan Arrowhead, serta kebangkitan mengejutkan pemimpin New Truth, Jung Jin Su (Kim Sung Cheol), dan Park Jung Ja (Kim Shin Rok).

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys!