“Spice Up Our Love,” Spin-Off dari “No Gain No Love,” akan tayang secara eksklusif di Prime Video Malaysia 3 Oktober ini

Prime Video mengumumkan bahawa siri Korea “Spice Up Our Love,” sebuah spin-off dengan 2 episod daripada “No Gain No Love,” akan ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman itu.

Dibintangi Lee Sang-yi, Han Ji Hyun, dan ramai lagi, “Spice Up Our Love” akan ditayangkan di Prime Video di Malaysia dan lebih daripada 240 negara serta wilayah pada 3 Oktober. Untuk pengetahuan, “Spice Up Our Love,” adalah sebuah spin-off dengan 2 episod daripada “No Gain No Love.”

Bertemakan romantik komedi, “Spice Up Our Love” ini mengisahkan Nam Ja-yeon (Han Ji-hyeon), seorang penulis novel web bertaraf R yang terkenal dalam “No Gain No Love,” akan mendapati dirinya menjadi watak utama dalam novel webnya sendiri. Pelakon Lee Sang-yi akan membawakan watak kekasihnya dalam spin-off tersebut. Penonton dapat menyaksikan lebih banyak aksi pasangan comel ini melalui spin-off yang akan datang.

Dalam “No Gain No Love,” Nam Ja-yeon bertemu dengan Bok Gyu-hyun (Lee Sang-yi) apabila dia memfailkan tuduhan terhadapnya kerana menulis komen jahat mengenai novel webnya. Namun, dalam “Spice Up Our Love,” Nam Ja-yeon menjadi watak utama novel webnya sendiri sebagai Seo Yeon-seo, seorang pakar nutrisi di sebuah syarikat bernama GB Electric, sementara Bok Gyu-hyun berubah menjadi watak utama lelaki, Kang Ha-jun, CEO GB Electric. Cerita ini berkembang secara komedi ketika Yeon-seo, yang cuba melarikan diri dari novel webnya dan kembali ke realiti, berhadapan dengan Ha-jun yang sangat berdedikasi untuk mengejar cintanya.

Kim Hye-young, yang menulis “No Gain No Love,” adalah pencipta “Spice Up Our Love.” Manakala, pengarah Jung Hoon dan penulis Cho Min-jeong memimpin spin-off ini. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan “Spice Up Your Love” di Prime Video Malaysia pada 3 Oktober ini.

loading...