Kim Dong Wook, Park Se Wan, Park Ji Hwan, dan yang lain bangkit melawan jenayah dalam poster drama baru “Seoul Busters

Drama terbaru Disney+ Hotstar telah mengeluarkan poster baru untuk drama “Seoul Busters”!

“Seoul Busters” ialah sebuah siri komedi baharu yang mengikuti transformasi unit jenayah ganas dikedudukan terendah di negara Korea Selatan menjadi pasukan terhebat selepas mereka diketuai oleh seorang ketua baharu yang elit.

Poster tersebut memaparkan skuad dinamik: Kim Dong Wook sebagai Dongbang Yoo Bin, Park Ji Hwan sebagai Moo Joong Ryeok, Seo Hyun Woo sebagai Jung Jung Hwan, Park Se Wan sebagai Seo Min Seo, dan Lee Seung Woo sebagai Jang Tan Sik.

Dongbang Yoo Bin berdiri di tengah dengan pandangan tajam dan tangan bersilang, dikelilingi oleh Moo Joong Ryeok, Jung Jung Hwan, Seo Min Seo, dan Jang Tan Sik. Kehadiran berwibawa pasukan tersebut kelihatan seolah-olah menerobos poster hitam putih itu. Teks “Pemberontakan skuad jenayah terburuk negara bermula sekarang” memberikan gambaran tentang kisah menarik yang bakal ditampilkan oleh skuad jenayah berkarisma ini, yang meningkatkan keterujaan terhadap rancangan tersebut.

Pelakon-pelakon turut menekankan daya tarikan utama drama ini, iaitu keserasian di antara ahli-ahli skuad jenayah tersebut. Kim Dong Wook, yang membawa watak sebagai ketua elit Dongbang Yoo Bin, menggariskan satu babak istimewa sebagai cadangan utamanya kepada penonton—iaitu operasi penyamaran yang melibatkan Moo Joong Ryeok, Jung Jung Hwan, Seo Min Seo, dan Jang Tan Sik dalam episod pertama.

Kim Dong Wook berkata, “Saya sangat mengesyorkan babak yang memaparkan perubahan dalam diri Dongbang Yoo Bin dan skuad jenayah sebelum dan selepas mereka menjadi satu pasukan.” Komen ini menambah keterujaan terhadap jalan cerita yang akan memperlihatkan titik perubahan dalam hubungan antara skuad jenayah yang sebelum ini tidak serasi dengan Dongbang Yoo Bin.

“Seoul Busters” akan mula ditayangkan pada 11 September di Disney+ Hotstar. Jom tonton trailer drama terlebih dahulu.

Sumber : 1

loading...