BALLISTIK BOYZ Kembali ke Malaysia untuk Sesi Bertemu Peminat “Together”

Kumpulan J-Pop, BALLISTIK BOYZ from EXILE TRIBE, akan kembali ke Malaysia! Sempena ulang tahun kelima mereka dan kejayaan tour “HIGHER EX” baru-baru ini, artis-artis berbakat ini teruja untuk bertemu semula dengan peminat setia mereka dalam acara pertemuan peminat istimewa yang bertajuk “Together.”

Sesi Bertemu Peminat “Together” akan berlangsung pada 21 September, bermula pukul 1:00 petang di Zepp Kuala Lumpur. Peminat boleh menjangkakan satu petang yang tidak dapat dilupakan, penuh dengan persembahan, aktiviti interaktif, dan peluang eksklusif untuk berinteraksi dengan idola kegemaran mereka.

Tiket untuk fan meeting BBZ mula dijual pada 6 September dan boleh dibeli melalui https://my.bookmyshow.com/events/BALLIBFM. Harga tiket dijual pada harga RM300 tidak termasuk yuran tempahan dan yuran operasi.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman media sosial BALLISTIK BOYZ!

X: https://twitter.com/ballistik_fext
Instagram : www.instagram.com/ballistik_fext/  
Facebook : www.facebook.com/ballistik.boyz.official 
YouTube : www.youtube.com/channel/UCOB1X12CH6XJpgzOXZ2jqMw 
TikTok : www.tiktok.com/@ballistikboyz.officia

BALLISTIK BOYZ from EXILE TRIBE terdiri daripada:

RYUTA HIDAKA 日髙竜太
YOSHIYUKI KANO 加納嘉将
RYUSEI KAINUMA 海沼流星
MIKU FUKAHORI 深堀未来
RIKIYA OKUDA 奥田力地
RIKI MATSUI 松井利樹
MASAHIRO SUNADA 砂田将宏

Mengenai BALLISTIK BOYZ from EXILE TRIBE

BALLISTIK BOYZ, kumpulan tujuh anggota yang terkenal dengan kemahiran menari, vokal, dan rap mereka, membuat debut penting pada 22 Mei 2019. Album pertama mereka bukan sahaja menduduki tempat pertama dalam Oricon Weekly Album Ranking tetapi juga menjadi album artis debut era Reiwa pertama yang mencapai No. 1 di Billboard JAPAN Top Album Sales, Billboard JAPAN Hot Albums, dan Carta Viral Spotify. Pencapaian ini mendapat perhatian besar dan meletakkan asas untuk kejayaan mereka.

Pada Februari 2024, BALLISTIK BOYZ kembali dengan album ketiga utama mereka bertajuk ‘Back & Forth’, yang sangat dinantikan setelah dua tahun! Album yang mengandungi 12 lagu ini bukan sahaja menampilkan bunyi khas BALLISTIK BOYZ tetapi juga memperkenalkan tiga lagu baru yang masing-masing unik dengan kedalaman emosi dan gaya muzik yang tersendiri. Pada 12 April yang lalu, kumpulan ini memulakan tour nasional mereka BALLISTIK BOYZ LIVE TOUR 2024 “HIGHER EX.”

Untuk para peminat BALLISTIK BOYZ, jangan lepaskan peluang berharga ini untuk bertemu dengan mereka. Pastikan anda membeli tiket melalui saluran rasmi bagi mengelakkan sebarang masalah atau kejadian yang tidak diingini.

loading...