Drama percintaan angkasa lepas Gong Hyo Jin dan Lee Min Ho akhirnya telah berkongsi rancangan penyiarannya!
Pada 26 Ogos, dilaporkan bahawa drama “Ask the Stars” (tajuk kerja, juga dikenali sebagai “Where the Stars Gossip”) akan disiarkan di tvN tahun depan.
Menjawab laporan itu, wakil dari tvN mengesahkan, “‘Ask the Stars’ dijadualkan ditayangkan bagi slot drama hujung minggu (Sabtu-Ahad) pada separuh pertama 2025.”
Drama itu, yang telah dibangunkan sejak 2022, dan penggambaran untuk drama itu telah pun selesai pada April 2023 yang lalu namun mengambil masa yang agak lama untuk proses pasca produksi.
Berlatarbelakang stesen angkasa lepas, “Ask the Stars” merupakan komedi romantik baharu mengisahkan seorang angkasawan dan pelancong yang bertemu dan jatuh cinta di stesen tersebut. Lee Min Ho memainkan watak pakar sakit puan Gong Ryong dan penuh rasa tanggungjawab yang membayar sejumlah besar wang untuk mengembara di angkasa lepas sebagai pelancong. Gong Hyo Jin memainkan watak kapten angkasawan terbaik, Eve Kim, seorang yang mementingkan kesempurnan dan tidak bertolak ansur dengan kesilapan.
Drama ini akan diarahkan oleh pengarah Park Shin Woo dari “It’s Okay to Not Be Okay” dan “Lovestruck in the City,” manakala skripnya akan ditulis oleh penulis Seo Sook Hyang, yang terkenal dengan drama hits seperti “Don’t Dare to Dream” (“Jealousy Incarnate”) and “Pasta.” Selain itu, “Ask the Stars” melibatkan bajet yang hebat sekitar 50 bilion KRW atau sekitar 40.7 juta USD untuk menghasilkannya.
Nantikan lebih banyak kemaskini mengenai “Ask the Stars”.
Sumber : 1