Gandingan Kim Soo Hyun dan Jo Bo Ah bintangi drama “Knock Off” yang akan hadir di Disney+ Hotstar pada 2025

Kim Soo Hyun dan Jo Bo Ah akan membintangi drama akan datang “Knock Off”!

Pada 26 Ogos, Disney+ Hotstar mengumumkan rancangan penyiaran dan pelakon Kim Soo Hyun dan Jo Bo Ah sebagai peneraju untuk drama akan datang “Knock Off.” Berlatarbelakangkan krisis kewangan Asia, drama jenayah yang menonjol ini akan meneroka dunia barangan tiruan

Penuh dramatik, berbahaya dan penuh jenayah, “Knock-Off” menyelami dunia gelap barangan tiruan, mengikuti kisah seorang lelaki yang hidupnya hancur selepas krisis kewangan Asia pada tahun 1997 (juga dikenali di Korea sebagai krisis IMF). Terdesak untuk membina semula apa yang pernah dimilikinya, Sung Joon mendapati dirinya tertarik ke dalam perdagangan barangan tiruan, dan dengan cepat menguasi pasaran barangan tiruan di pentas global.

Drama ini akan diarahkan oleh pengarah Park Hyun Suk yang terkenal dengan drama popular seperti “Forest of Secrets 2” (“Stranger 2”), “Uncontrollably Fond,” dan “Song of the Bandits.”

Kim Soo Hyun akan memainkan watak Kim Sung Joon, yang diakui sebagai raja dunia tiruan. Selepas kehilangan pekerjaannya akibat krisis IMF, Kim Sung Joon terjun ke dunia barangan tiruan dan menjadi naib presiden Pasaran Saemmool, pasaran barangan tiruan utama Korea. Dengan kecerdasannya yang luar biasa, pantas berfikir serta bertindak dan cita-citanya, dia bangkit menjadi raja pasaran barangan tiruan global.

Jo Bo Ah akan memainkan watak bekas teman wanita Kim Sung Joon, Song Hye Jung. Sebagai pegawai polis kehakiman khas yang ditugaskan untuk membanteras barangan tiruan, Dia akhirnya mempunyai hubungan yang rumit dengan Kim Sung Joon kerana pertikaian mengenai penguatkuasaan undang-undang barangan tiruan.

“Knock Off” dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2025 secara eksklusif di Disney+ Hotstar. Nantikan lebih banyak kemas kini!

loading...