Hyeri sah bergandingan dengan Jo Jung Suk dalam MBC Two Cops

Hyeri. Jo Jung Suk

Hyeri telah disahkan akan membintangi drama MBC terbaru berjudul, “Two Cops”, membawakan watak sebagai wartawan yang akan membantu polis, dilakonkan oleh Jo Jung Suk, untuk membasmi kes-kes melibatkan penipuan. Karakter dilakonkan Hyeri adalah berkarisma dan penuh dengan keyakinan diri, boleh disifatkan agak menyerupai watak Park Shin Hye pernah terajui dalam drama SBS Pinocchio.

Jo Jung Suk pula menjadi polis yang sangat berdedikasi dan amanah selepas dirinya dikuasai roh seorang yang terlibat dengan kes-kes penipuan. Pelakon yang tercalon 2 kali dalam CARI Kdrama Awards menerusi kategori Best Supporting Actor (MBC King 2 Hearts) and Best Actor (SBS Jealousy Incarnate) ini berpengalaman mengendalikan lakonan yang tampak jahat tetapi kelakar, seperti dilakukannya dalam tvN Oh My Ghost dan SBS Jealousy Incarnate.

Ini penampilan pertama Hyeri sejak drama SBS Entertainer ditayangkan tahun lepas bergandingan bersama Ji Sung. Dia juga dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta dengan Ryu Jun Hyeol, pelakon tvN Reply 1988, juga merupakan drama lakonan terbaiknya setakat ini.

Artikel berkaitan:

Sumber: donga

loading...