Shin Min Ah, Kim Young Dae, Lee Sang Yi dan Han Ji Hyun terikat dengan kehidupan satu sama lain dalam “No Gain No Love”

Drama tvN yang akan datang “No Gain No Love” telah berkongsi poster karakter baharu pelakonnya!

Ditulis oleh penulis Kim Hye Young yang pernah menghasilkan “Her Private Life,” “No Gain No Love” ialah sebuah komedi romantik yang mengisahkan tentang Son Hae Young (Shin Min Ah), seorang wanita yang memalsukan perkahwinannya kerana tidak mahu mengalami kerugian, dan Kim Ji Wook (Kim Young Dae), seorang lelaki yang menjadi suami palsunya kerana dia tidak mahu mendatangkan kemudaratan.

Dalam poster yang baru dikeluarkan, Shin Min Ah menarik perhatian sebagai Son Hae Young, seseorang yang berhati-hati menguruskan pasang surut kehidupan dengan memberi tumpuan kepada keuntungan dan kerugian. Hae Young kelihatan gembira memegang pelbagai jenis makanan ringan termasuk makanan kegemarannya. Riak wajahnya yang berpuas hati sambil memegang barangan promosi percuma satu beli satu menunjukkan dia gembira dengan penemuannya itu.

Peranan Kim Young Dae sebagai Kim Ji Wook, seorang pekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka yang menyetujui untuk terlibat dalam perkahwinan palsi bagi mengelakkan sebarang masalah, turut menarik perhatian. Semasa Ji Wook sedang menyusun agar-agar itu, dia perasan dengan jelas bahawa Hae Young, pelanggan tetapnya, berada di paparan skrin lain. Pandangannya, seolah-olah mereka berhadapan antara satu sama lain di rak seberang, menambahkan sedikit keterujaan. Peralihan daripada hubungan pekerja-pelanggan yang biasa kepada senario perkahwinan palsu membuatkan penonton ingin tahu tentang hubungan istimewa yang membawa kepada persediaan luar biasa ini.

Sementara itu, Lee Sang Yi, yang memainkan watak Bok Gyu Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif Honeybee Education yang tidak percaya cinta dan lebih suka kekal bujang, menunjukkan keyakinan dan karismanya. Di dalam bilik persalinan, ketika dia memilih sut sambil mengemaskan pakaiannya, Gyu Hyun kelihatan sangat serius.

Han Ji Hyun memegang watak Nam Ja Yeon, seorang penulis novel web yang memberi tumpuan secara eksklusif pada kisah cinta dewasa. Nam Ja Yeon ditunjukkan melekapkan mukanya pada muka depan novel web popularnya “The Boss’s Meal Plan” (tajuk literal) sambil berfikir. Penonton tidak sabar-sabar untuk melihat bagaimana wataknya, yang menjalani dua kehidupan rahsia, akan berinteraksi dengan Gyu Hyun. Selain itu, meletakkan poster Ja Yeon dan Gyu Hyun bersebelahan memberi gambaran bahawa pandangan mereka bertemu, menambah perincian yang menggembirakan penonton.

Pasukan produksi mengulas, “Kami berhasrat untuk mewakili setiap watak dengan pelbagai objek yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka, termasuk kalkulator, kedai serbaneka, lebah dan ikon 19+.  Dengan penggunaan warna seperti kuning, merah, biru tua, dan ungu, serta pelbagai elemen dalam poster, penonton boleh menyimpulkan cerita watak-watak tersebut dengan lebih menarik. Kami meminta perhatian dan harapan yang tinggi untuk tayangan drama ini.”

“No Gain No Love” akan ditayangkan pada 26 Ogos ini. Siri ini juga boleh ditonton menerusi plarform Prime Video Malaysia.

Sumber: 1

loading...