Pelakon Hwang Jung Eum kini sedang bercinta dengan pemain bola keranjang

Hwang Jung Eum kini sedang menjalinkan hubungan yang baru.

Pada 22 Julai, sebuah media melaporkan bahawa Hwang Jung Eum menjalinkan hubungan dengan bintang bola keranjang, Kim Jong-kyu yang bermain untuk kelab Wonju DB Promy.

Menjawab laporan itu, agensi Hwang Jung Eum, Y1 Entertainment, secara ringkas mengulas, “Bibit-bibit kasih sayang antara Hwang Jung Eum  dan bintang bola keranjang itu semakin berkembang baru-baru ini. Mereka masih dalam proses mengenali hati budi antara satu sama lain.”

Menurut Edaily, kedua-duanya pernah dilihat bertemujanji, serta memberi perhatian antara satu sama lain walaupun di tempat awam. Kenalan Hwang Jung Eum berkata bahawa kedua-duanya menjadi rapat di saat masa sukarnya, sekaligus memberikan keselesaan antara satu sama lain.

Terdahulu, Hwang Jung Eum telah berkahwin dengan Lee Young Don, seorang ahli perniagaan dan bekas pemain golf profesional, pada 2016, dan mereka dikurniakan dua orang anak. Perkahwinan mereka mengalami perdamaian dan persengketaan, termasuk memfailkan perceraian dan tuduhan hubungan yang tidak sesuai dan pertikaian kewangan.

Awal tahun ini, Hwang Jung Eum telah memfailkan cerai buat kali kedua selepas pasangan itu menyelesaikan perselisihan mereka semasa mediasi dan bersatu semula pada Julai 2021. “Selepas mengambilkira pertimbangan yang sewajarnya, Hwang Jung Eum memutuskan bahawa tidak mungkin lagi untuk mengekalkan perkahwinannya dan sedang dalam proses memfailkan cerai,” kata wakil Hwang Jung Eum.

Sebagai maklumat tambahan, kekasih Hwang Jung Eum, Kim Jong Kyu adalah tujuh tahun lebih muda darinya. Kim Jong Kyu yang memulakan kerjaya profesionalnya dengan Changwon LG pada 2013 dan kemudian menyertai DB pada 2019, telah menjadi pemain bola keranjang terkemuka, menjadi penyumbang kepada kejayaan pasukannya dan bermain untuk pasukan kebangsaan dari 2011 hingga 2014.

Sumber : 1 | 2 | 3 |

loading...