K Plus Food Market buka Jollanam-do Store di The curve, Damansara

K Plus Food Market dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan tetap baharunya Jeollanamdo Store di The curve, Damansara.

Cawangan baharu ini akan memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai dan membeli produk Jollanam-do secara langsung.

Jollanam-do, juga dikenali sebagai Jeonnam, merupakan sebuah wilayah di Honam di Korea Selatan, dan merupakan wilayah paling selatan di tanah besar Korea. Jeollanam-do mempunyai pelbagai produk pertanian dan marin segar (makanan laut). Ia adalah kawasan yang terkenal dengan rasa masakannya, bahan-bahan segar dan produk kraftangan. Produk Jeonnam memberikan lebih banyak kasih sayang kepada para pelanggannya.

Majlis perasmian telah diadakan bagi meraikan kejayaan pembukaannya dan membina platform untuk rakyat Malaysia menglibatkan diri dalam pengalaman budaya Korea yang mengasyikkan dan membolehkan pengunjung menikmati “Cara Hidup Korea”.

Untuk meraikan pembukaan kedai, pihak K Plus Food Market akan mengadakan acara istimewa dari 12 Julai hingga 31 Julai 2024. Pelanggan yang mengunjungi kedai dalam tempoh ini akan menikmati diskaun istimewa, tawaran hadiah, dan banyak lagi.

Sehingga tahun lepas, mereka telah mengendalikan sejumlah 22 kedai tetap di 9 negara, dan mencapai eksport makanan pertanian dan perikanan sebanyak 10.26 juta dolar AS pada 2023. Tahun ini, 10 kedai tambahan dijadualkan akan dibuka pada penghujung tahun melalui pemilihan pengendali baharu. Perniagaan kedai tetap Jeonnam sangat popular bukan sahaja di kalangan rakan sekerja kami di luar negara, tetapi juga di pasaran tempatan Korea kerana kepelbagaian makanan dan produk yang berkualiti tinggi. Kami akan memberikan sokongan tanpa berbelah bagi supaya kedai tetap ini dapat menghebahkan kecemerlangan makanan Namdo dan mamou menjadi berdaya saing di peringkat global sebagai pangkalan eksport.

– Wakil rasmi Jollanam-do

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K Plus Food Market (@kplusfoodmarket)

Informasi cawangan Jollanam-do

Lokasi: Lot 6107 & G109, Tingkat Bawah, The Curve No.6 Jalan PJU 7 /3, Mutiara Damansara Petaling Jaya
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam
Barisan Produk Terkini Kedai: Kimchi segar Jeonnam, makanan deli Jeonnam, nasi Jeonnam dan rumpai laut segar dan banyak lagi. Barisan produk terkini tersedia untuk pembelian

Jadi jangan lupa untuk kunjungi cawangan Jollanam-do untuk mendapatkan produk yang berkualiti tinggi dan enak!

loading...