“The Tyrant” drama penuh aksi yang mendebarkan akan datang di Disney+ Hotstar 14 Ogos ini

Drama Disney+ Hotstar yang akan datang, “The Tyrant” telah mengesahkan tayangan perdananya dengan poster baharu!

Apabila virus canggih dicuri semasa penyerahan rahsia antara agensi perisikan Korea dan Amerika Syarikat, kedua-dua kerajaan tersebut akan berperang untuk memulihkannya dalam “The Tyrant”, sebuah drama Korea baharu yyang akan disiarkan pada 14 Ogos secara eksklusif di Disney+ Hotstar.  Drama ini diarahkan dan ditulis oleh Park Hoon Jung, yang telah mengarahkan banyak filem terkenal seperti “The Witch”, “New World”, dan “Night in Paradise”.

“The Tyrant” merupakan drama aksi mengejar yang dibahagikan kepada empat bahagian yang berlaku selepas sampel terakhir program yang dipanggil “The Tyrant Program” hilang disebabkan ralat dalam penghantaran. Ini mencetuskan rantaian kejar mengejar yang melibatkan individu dengan motif berbeza, masing-masing bersaing untuk mendapatkan sampel tersebut.

Selepas bertahun-tahun melihat negara mereka ditindas oleh kuasa asing, sekumpulan saintis licik yang bekerja dalam kerajaan Korea Selatan mula membangunkan virus yang akan meletakkan negara mereka setanding dengan negara paling berkuasa di dunia. Dirujuk sebagai “The Tyrant Program”, virus ini mempunyai potensi yang tidak terhad untuk kemajuan umat manusia. Bagaimanapun, sebelum projek itu dapat disiapkan, sekumpulan ejen AS mendedahkan rancangan itu dan menuntut semua sampel diserahkan.

Tidak mahu melepaskan hasil penyelidikannya, ketua kumpulan itu mengupah pasukan pengintip untuk mendapatkan semula kerjanya, tetapi apabila keadaan menjadi kacau semasa serangan, kedua-dua pihak akan berebut untuk memulihkan virus dan menggunakannya untuk memajukan matlamat mereka sendiri.

Cha Seung Won memainkan watak Im Sang, bekas ejen yang ditugaskan untuk menghapuskan mereka yang berkaitan dengan “The Tyrant Program”. Kim Seon Ho memegang watak sebagai Pengarah Choi, dalang tidak rasmi di sebalik program ini, yang dikaitkan dengan sebuah agensi kerajaan.

Kim Kang Woo menyuntik ketegangan ke dalam cerita ini sebagai Paul, seorang ahli agensi perisikan asing yang bertekad untuk menghapuskan baki sampel terakhir “The Tyrant Program”. Manakala, pelakon baru Jo Yoon Soo, yang memainkan watak jurutera mahir Ja Kyung, ditugaskan untuk mencuri sampel terakhir dari “The Tyrant Program”.

Dalam poster yang baru dikeluarkan, anda boleh melihat suasana misteri daripada penggunaan warna merah untuk tajuk drama pada latar belakang berwarna biru yang berbeza dan sampel kelihatan pecah yang mengeluarkan cahaya misteri. Pada poster tertera “sampel terakhir telah hilang” menunjukkan situasi tegang yang sedang berlaku.

Untuk menyaksikan drama yang penuh aksi dan mendebarkan ini, strim “The Tyrant” di Disney+ Hotstar bermula 14 Ogos.

loading...